INFO : Ayam Suntik: 10 Perkara Wajib Tahu Untuk Kesihatan Anda
Home » » INFO : Ayam Suntik: 10 Perkara Wajib Tahu Untuk Kesihatan Anda

INFO : Ayam Suntik: 10 Perkara Wajib Tahu Untuk Kesihatan Anda

12 Mar 2013 11 Comments
Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan, selain penggunaan enzim babi untuk membesarkan ayam.






Dakwaan

1. Ayam yang anda makan ada kemungkinan disuntik dengan protein lembu atau babi,menurut kajian yang dilakukan oleh BBC selepas pemerhatian selama 6 bulan di Belanda. Selain itu, terdapat juga laporan di mana ayam yang disuntik dengan lembu dan babi tapi dilabelkan sebagai halal dijual di UK dan beberapa negara Eropah lain.

2. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyatakan protein lembu atau babi memang digunakan di sesetengah negara Eropah bertujuan mempercepatkan tumbesaran ayam, namun tidak diketahui adakah ianya juga digunakan di Malaysia (Harian Metro).

3. CAP juga mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalahmenghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita (Harian Metro).


4. Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser (Utusan Malaysia).

5. Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan, menurut pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (Utusan Malaysia).

6. Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

7. Selain itu antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.


Penafian

8. Namun menurut Prof Dr Zulkifli Idrus, pakar ternakan ayam yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia, pemberian enzim babi atau suntikan lain tidak digunakan di Malaysia kerana kosnya yang mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutamanya dari Amerika Syarikat (Harian Metro)

9. Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi, selain ianya sihat untuk dimakan kerana pemantauan sering dilakukan oleh jabatan beliau.

Namun beliau mengakui ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat yang ditetapkan (Harian Metro).

10. Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLAM), Dr Abdul Rahman Md Salleh juga menafikan penggunaan enzim babi untuk mempercepat penternakan ayam kerana dengan pengeluaran ayam yang begitu besar (1.2-1.3 juta ekor sehari), penternak tidak mempunyai masa untuk menggunakan enzim tersebut (Harian Metro).


Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau rasa ayam yang anda beli mudah busuk, atau yang anda makan di kedai tu saiz dia dah macam kayu baseball atau macam burung unta, fikir-fikirlah sikit untuk kesihatan. Nak lagi senang, beli je ayam kampung atau berhenti terus makan ayam. Hehe.

Jadi macam mana dengan pendapat anda, pernah termakan ayam yang rasa-rasanya termasuk dalam kategori ayam suntik?


11 comments:

  1. 1st..hidup anon!!!

    ReplyDelete
  2. ingatkan manusia je .. ayam pon cocok ..

    ReplyDelete
  3. ayam cuma diberikan vaksin pd umur 2 minggu..itupun inject kt kulit ketiak ayam(sayap)...manakala broiler boleh di harvest start umur 45 hari dgn berat 1.8 - 2.1 kg...dgn kata lain, kesan antibiotik ataupun vaksin akn tamat dlm tempoh sebulan(maksimum) jika kuantiti yg diberikn kpd ternakan trsebut adalah tepat brdasarkn direction of use utk mengelakkn sebarang error in withdrawal period..

    ReplyDelete
  4. baik aku makan ayam kampung...

    ReplyDelete
  5. saya suka makan "ayam"

    ReplyDelete
  6. Protein babi paling murah didapati di pasaran eropah kerana protein tersebut bnayka dijadikan bahan bakar sahaja... Silap kalau katakan protein tersebut mahal...

    ReplyDelete
  7. mujur saya x gemar makan ayam...suka ikan je...

    ReplyDelete
  8. Setiap kali selepas makan ayam, mesti gatal-gatal badan..

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri