INFO : Sungai Yang Dahulunya "Jamban" Rakyat Korea Selatan (10 Gambar)


Terletak di pusat kota, sungai itu juga mampu menarik minat para pelancong tempatan dan luar negara. Cheonggyecheon benar-benar menawarkan daya tarikan tersendiri.

Suasananya cukup tenang walau di atasnya berlalu-lalang beragam kenderaan bermotor. Sisi kiri dan kanan sungai itu disediakan laluan khas untuk pejalan kaki, sehingga mereka dapat merasakan secara langsung kesejukan udara sekaligus mendengarkan aliran air yang menyegarkan. Walaupun tidak boleh diminum, namun air di sungai ini sangat jernih.

Sungai sepanjang hampir 6 km ini dahulunya sangat kotor, bahkan pernah menjadi jamban dan tempat membuang sampah bagi kebanyakan orang. Menurut laman pemerintah Seoul, setelah Perang Korea (1950-1953), Cheonggyecheon menjadi lokasi penempatan kaum pendatang yang ingin mengadu nasib di ibukota.

Pada dekad 1970-an, Cheonggyecheon berubah fungsi menjadi salah satu simbol "modernisasi" Korea Selatan. Sungai itu dipenuhi banyak tiang konkrit untuk pembangunan jalan bertingkat. Pelbagai pencemaran berlaku sehinggakan air sungai itu tidak dapat mengalir.

Namun, pada 2003, datuk bandar Seoul ketika itu, Lee Myung-bak melakukan perubahan revolusioner. Lee, yang kini adalah bekas presiden Korea Selatan berkat visinya yang mesra alam, ingin Cheonggyecheon kembali kepada statusnya semula sebagai anak sungai yang mengalir di pusat bandaraya.

Jalan-jalan bertingkat di atas sungai itu diruntuhkan, begitu pula dengan tiang konkrit dan konkrit penghadangnya. Maka, dua tahun kemudian, Cheonggyecheon "lahir kembali" sebagai sungai yang indah dan kini menjadi salah satu kebanggaan warga Seoul sebagai ibukota moden yang turut memberi perhatian terhadap kelestarian alam sekitar.

Menurut keterangan pemerintah Seoul, kelahiran kembali sungai itu bahkan turut menurunkan tahap pencemaran udara dan kian menyejukkan udara di tengah bandarayanya.

Sungai Cheonggyecheon ketika masih kotor dan tercemar



Sungai Cheonggyecheon setelah dibersih dan diperindahkan


{ 17 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 12 March, 2013
ape la yang cool sngat tuu.. taik ker?
AnonymousAnonymous 12 March, 2013
Bodoh... x fhm org puji cool ke? Dasar x ke sekolah...
tengku zafran tengku zafran 12 March, 2013
cer buat stail cmni kt bawah jmbatan dekat malaysia ni...konfom mat2 gian xde..hahaha
AnonymousAnonymous 13 March, 2013
Korea negara yang pengotor.. tak caya.. contoh terbaik adalah K-Pop...= Korea-Tahi...
Muhamad Rohaidi Muhamad Rohaidi 13 March, 2013
kalau lah sungai melaka dibuat mcm nie kan bagus.
AnonymousAnonymous 13 March, 2013
kau tu yg bodoh x bersyukur dok bumi... org dah bg bersih pn nk komplen .. baik ko mati je la...
AnonymousAnonymous 13 March, 2013
bkn dah modified ke....?
MOL.fm MOL.fm 13 March, 2013
buleh buat ni .. tapi kos mmg kaw kaw la
AnonymousAnonymous 13 March, 2013
sungai melaka da lme cntik...siap ade bot pelancng lg..mlm jgn ckp laaa..cntik sgt..
AnonymousAnonymous 13 March, 2013
sungai yg mngalir kat kl ni bila lagi?
AnonymousAnonymous 08 April, 2013
Tunjuk pandai. Pop is one of music genre. Tahi tu poop. Lenkali nak ngutuk, asah diri ngeja betul2. Tajwid ngaji ntah lepas ke tidak ntah, nak ngutuk2. Kurang2 negara derang ada inisiatif nak bersihkan bagi nampak cantik. Orang kita, tong sampah dekat pun sampah buang depan sbab ada 'tukang gaji' bersihkan malaysia kan? So whatever~
AnonymousAnonymous 01 June, 2013
Howdy! I just would like to give an enormous thumbs up for the nice data you have here
on this post. I can be coming back to your blog for more
soon.

Review my web-site - seo bible ebook free download
AnonymousAnonymous 15 June, 2013
Hey! I just would like to give an enormous thumbs up for the nice
data you’ve right here on this post. I might be coming back to your blog for extra soon.


Have a look at my homepage 網站排名

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri