MISTIK : Misteri Kilometer 20.6 Di Kulim Kedah (Gambar)
Home » » MISTIK : Misteri Kilometer 20.6 Di Kulim Kedah (Gambar)

MISTIK : Misteri Kilometer 20.6 Di Kulim Kedah (Gambar)

9 Comments


KULIM -Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian. 

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari. 

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi. 

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya 
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas. 

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa. 

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan. 

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku. 

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas. 

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

9 comments:

  1. As salam semua. Berhati hati la slalu yer. Xgtew kak ton?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazika : Jap ye..
      Hazik : SEKARANG!

      Hazika : Ala, jap lagi arrr..
      Hazik : Nak sekarang!!

      Hazika : Jap lagi, sikittt je lagi..
      Hazik : NAK SEKARANG! NAK SEKARANG!

      Hazika : Sikittttttttttttttt je lagi Abg..
      Hazik : Takde! NAK SKANG! NAK SKANG! NAK JUGAK! NAK SKANG!!!!

      Hazika : Jom, abang?
      Hazik : aummm aummm!

      Hazika : eeeeeeee

      18SX:GAGAL BERSETUBUH KERANA ZAKAR TERLALU BESAR!
      PENTING:7 PUNCA LELAKI CEPAT TEWAS SEMASA BERSETUBUH!
      WOW:TANDA-TANDA WANITA SEDANG TERANGSANG!

      Delete
    2. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :


      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?--> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) , IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD*--> WWW.IPHONEMSIA.COM










      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. org atas aku ni sllu ciup Kak Ton !

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua sentiasa selamat dari pelbagai benda yang pelik2 ini.


    Layan Dulu Lagu Nie : http://www.youtube.com/watch?v=SnkBlwhjHEQ

    ReplyDelete
  4. aku tanak jumpe antu..takot.. :(

    ReplyDelete
  5. aku penah lalu jln ni lpas blik futsal time 3.30 a.m,mmg mremang bulu roma beb..gelap.aku bukan tkot antu tapi penyamun.

    ReplyDelete
  6. dah twu gelap pasang lampu jalan...apa ke pelik korang ni...hahaha

    ReplyDelete
  7. yeke polis sllu wt tnjauan.. sthu sy xda pn.. jln plg slmt kot tuk owg yg xda lsen... haha

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri