COOL - NR 1 : KAPAL SELAM RAHSIA DILENGKAPI RODA (20 GAMBAR)
Home » COOL - NR 1 : KAPAL SELAM RAHSIA DILENGKAPI RODA (20 GAMBAR)

COOL - NR 1 : KAPAL SELAM RAHSIA DILENGKAPI RODA (20 GAMBAR)

16 Comments
Malaysia mempunyai kapal selam Scorpene. Singapore ada Archer dan Indonesia pula mempunyai Cakra. Kesemua kapal selam ini ialah kapal selam diesel konvensional. Kesemuanya bad ass tetapi masih tidak dapat menandingi kapal selam rahsia NR-1 milik Amerika Syarikat. NR-1 bukan sebuah kapal selam tempur. Fungsi utamanya ialah mengumpul maklumat tentang musuh, melakukan intipan dan mengutip sampel dari dasar laut. Kapal selam ini diperkasakan dengan sebuah enjin nuklear dan mampu menyelam sehingga 3000 kaki (914 meter). Kemampuan menyelam NR-1 tidak mampu ditandingi kebanyakkan kapal selam tempur yang sedia ada. Scorpene sebagai contohnya hanya mampu menyelam sehingga 1150 kaki (350 meter). Oleh sebab itu NR-1 dilengkapi 2 buah tayar yang membolehkan ia dipandu di atas lantai laut. Selain daripada itu ia juga dilengkapi tangan robotik yang boleh dikawal serta 3 tingkap tinjauan


NR-1dibina pada tahun 1969 dan pembinaanya dilakukan secara rahsia. Pihak Amerika mahukan sebuah kapal selam yang boleh "lepak" pada dasar laut tanpa dikesan tetapi pada masa yang sama boleh merisik pergerakan kapal selam milik Soviet. Saiznya yang kecil membolehkan NR-1 menyelam lebih dalam dari mana-mana kapal selam milik Soviet. Kemampuan menyelam NR-1 dianggap mustahil oleh Soviet dan mereka tidak menyangka kapal selam yang hanya selebar 3.8 meter dan sepanjang 45 meter ini boleh wujud. Sepanjang kareer pengintapannya yang rahsia selama hampir 40 tahun, NR-1 melakukan misi seperti meninjau bangkai kapal selam Soviet yang karam dan mengumpul peralatan rahsia dari bangkai-bangkai karam ini. Ia juga ditugaskan meletakkan pepijat pada kabel telekomunikasi bawah laut yang digunakan Soviet. Pepijat yang diletakkan membenarkan pihak Amerika mengorek rahsia Soviet tanpa dikesan. 

Pada tahun 1976 sebuah pesawat F-14 Tomcat milik Amerika terbabit dalam sebuah kemalangan di Scotland. Pesawat yang pada waktu itu mempunyai radar paling canggih dan misil AIM9 Phoenix yang paling terkini menjunam ke dalam laut ketika menanti giliran berlepas dari kapal pengangkut John F Kennedy. Pihak Amerika risau pihak Soviet akan cuba menaikkan semula bangkai F-14 ini dari dasar laut dan mencuri teknologi terkini mereka. NR-1 ditugaskan mengesan lokasi pesawat ini sebelum Soviet. NR-1 melakukan tugasnya dengan baik dan pesawat ini serta misil berteknologi rahsia Phoenixnya berjaya didapatkan semula. Selepas pesawat angkasa Challenger meletup ketika berlepas pada tahun 1986, NR-1 digunakan bagi mengesan puing-puingnya dari dasar laut.

Ramai tidak tahu tentang kewujudan NR-1 hinggalah buku Dark Waters: An Insider's Account of the NR-1, The Cold War's Undercover Nuclear Sub diterbitkan pada tahun 2003. Pada waktu itu NR-1 sudah uzur dan menanti untuk dihentikan perkhidmatan. Pada tahun 2008 satu-satunya kapal selam beroda di dunia akhirnya bersara. Selamat bersara cool sub!




16 comments:

  1. Replies
    1. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :


      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?--> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM









      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. yg gmba ke 6 tu..klo member atas krusi kentut apa pon x leh..heheh

    ReplyDelete
  3. 2013-1969 = 49 tahun yang lepas pny teknologi dah boleh menyelam 3000kaki = 914m. mungkin teknologi Amerika sekarang dah lebih daripada tu. tak mustahil mereka dah cipta kapal selam kawalan jauh yang boleh menyelam lebih jauh ke dasar lautan.

    Malaysia nak buat perahu selam utk menyelam dalam sungai pun blm ada. . huhu. .

    So, Malaysia bila lagi? bukankah sejarah bangsa Melayu terkenal dengan kemahiran pelayaran di lautan? tak mustahil ilmu dahulu tidak ada dalam genetik anak-anak Melayu.

    Ayuh bangkitlah bangsaku mari kita bina semula keunggulan tamadun nenek moyang kita yang menguasai ilmu lautan, pelayaran, perdaganan, komunikasi, dan lain-lain. . berilah semangat kepada diri sendiri dan seluruh generasi muda. . jangan membuang masa berguling-giling atas jalan raya untuk perkara yang sia-sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *44 tahun yang lepas.

      Delete
  4. US n Russia mmg brlumbe wat snjte n tknologi rhsie.. Russia n US wat roket nk g buln n dark side, US g marikh(tnpa mnusie hnye tknologi utk sample). Tp negare dieorg wat snjate n teknologi rahsie xkn negare laen xde, mybe xdkthui umum je. Xmustahil negare islam x brsaing.

    ReplyDelete
  5. Yg gila 1st ada penyakit Sindromfirstlyme......bahaya2 jgn terkena!!!!!Sebarkn sebagai peringatan.

    ReplyDelete
  6. 45 setengah tahun enam hari yang lepas

    ReplyDelete
  7. malaysia n negara lain pun ada buat senjata rahsia dorang.. nama pun rahsia, tak kan nk bgtau... ngok!

    ReplyDelete
  8. Lawan Indonesia aja bisa kalah

    ReplyDelete
  9. 3000 kaki dalam? tak pecah ke telinga org dalam kapal tu? tinggi giler pressure

    ReplyDelete
  10. malingsia kapal selemnya di atas darat doang .. belinya berbilion tapi tidak bisa nyelem .. wkwkwkwkwkw .. malingsia emang negara gobloq ! mampus kamu malingsia !

    ReplyDelete
    Replies
    1. brangset lo .emangnya kamu punya kapal selem sendiri .belom bisa beli udah mahu ngutuk orang . tatap muka lo dekat cermin duluan

      Delete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri