WTF : Candy Crush Untung RM2 Juta Sehari (3 Gambar)

CANDY Crush Saga – permainan maya yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar dan tablet pada hari ini. Bagai mempunyai magnet, sekali cuba pasti pemain akan berasa seperti ketagih untuk terus merentas level demi level teratas.


Sungguh pun permainan ini boleh dimuat turun secara percuma, tanpa disedari ramai pengguna terjebak untuk mengeluarkan belanja akhirnya semata-mata demi kepuasan hati dan hilang sabar.

Hal ini kerana semakin tinggi level permainan akan bertambah tinggi kesukaran untuk menyudahkannya. Tidak hairanlah pengguna mudah terumpan untuk mendapatkan ‘nyawa’ tambahan dan lain-lain kelebihan bagi memenangi permainan dengan cara membayar sedikit kos. Perkara ini dimaklumi oleh semua peminat permainan maya termasuk Candy Crush.

Di sebalik fenomena dicetuskan Candy Crush, pihak paling untung sudah tentulah pembangunnya, King.com Limited. Bagi permainan yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2012 ini, syarikat berkenaan mengaut sebanyak USD633,000 sehari (RM2,018,853) atau bersamaan USD630 juta (RM858 juta) setahun.

Jika mengambil kira sebanyak 6.7 juta pemain aktif Candy Crush, secara purata seorang pemain membelanjakan sebanyak USD2.84 atau RM9.05 untuk permainan ini setiap hari.

Candy Crush Saga boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan boleh digunakan di iPhone, iPad dan iPod.

Apa pun, berhati-hatilah! Daripada permainan yang hanya percuma pada mulanya, tidak mustahil anda mungkin salah seorang penyumbang jutaan ringgit keuntungan harian King.com Limited selepas ini.


{ 12 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 11 July, 2013
aku dh level 200 jelez ?
AnonymousAnonymous 11 July, 2013
check phone mak ko .
da lvl 300 da .
jelez?
AnonymousAnonymous 11 July, 2013
baru je lps 600 level .dh
AnonymousAnonymous 11 July, 2013
mak:dah hbis men la anak2 ku...
leslieliew leslieliew 11 July, 2013
yg atas ni tipu btl . baru release 425 lvl dia dpt lps lvl 600 .
AnonymousAnonymous 12 July, 2013
ye ke mak..
bpk sdg menunggu mak di kamar .
sudah 2 purnama tidak dpt fap2 kata nya kerana mak busy bermain game bodoh ni ,
midou ban midou ban 12 July, 2013
bosan la..aku da lvl full..tggu dia update = =
AnonymousAnonymous 18 July, 2013
nk bisjut candy crusshhhhhh...
AnonymousAnonymous 11 November, 2013
SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :


OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?--> WWW.JUSTINZAYN.COM

DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER --> WWW.PASSPERCUMA.COM

INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) , IPHONE 5C (RM1000)?--> WWW.IPHONEMSIA.COM










ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri