WTF : LELAKI TINGGAL DALAM KUBUR SELAMA 15 TAHUN (7 Gambar)

Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, Serbia. Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.


“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu adalah syurganya. “Ia bukan sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding tidur di jalanan,” katanya.

Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak. Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap.

Kata Stojanovic, hidup bersama mayat tidak begitu menakutkan seperti sangkaan sesetengah pihak. “Pada mulanya saya takut, tetapi lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa.

“Kini, selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan manusia yang hidup berbanding dengan orang mati,” katanya. Menurut Stojanovic, setiap kali dia mahu keluar dari ‘rumah’ itu, dia akan mengintai terlebih dulu bagi memastikan tiada sesiapa di situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar kawasan berkenaan.

Stojanovic berkata, dia juga bersedia jika ditakdirkan mati dalam kubur seluas dua meter persegi itu.“Sekurang-kurangnya saya dapat mati di tempat yang sesuai,” katanya.


5 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 02 July, 2013
1st lagi yeahh....this is madnesss
Yuyu ZulaikaYuyu Zulaika 02 July, 2013
Kerana Nak Subur, Org China Sanggup Spray.
Nak tahu kenapa, tgk gambar ni--->spray-subur.jpg

Wanita Patut Tengok Ni. Cara Elakkan Gangguan Seksual.
Jom tengok gambar ni--->gangguan-seks.jpg

Sapa kata beliau tidak gebu & comel??
Nak tahu siapa, sila tgk gambar ni-->gebu-comel.jpg

Tahu kenapa Islam mengharamkan wanita dan lelaki bersentuhan??
Nak tahu ,tgk gambar ni-->bersentuhan.jpg
AnonymousAnonymous 02 July, 2013
nak subur pakai la baja.. slut yuyu
AnonymousAnonymous 11 November, 2013
SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?--> WWW.JUSTINZAYN.COM

DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER --> WWW.PASSPERCUMA.COM

INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.JUSTINZAYN.COM














ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri