SERIUS : SYILING 1 SEN BERNILAI RM7,500 (2 Gambar)
Home » » SERIUS : SYILING 1 SEN BERNILAI RM7,500 (2 Gambar)

SERIUS : SYILING 1 SEN BERNILAI RM7,500 (2 Gambar)

5 Comments
Ia hampir dileburkan ke dalam relau apabila dianggap sekeping logam tidak bernilai apabila ia telah dibuang pada tahun 1919.


Tetapi sekarang, duit syiling bernilai satu sen yang dianggap 'tak berguna' itu boleh dijual lebih daripada £ 2,500 - 600,000 kali ganda dari nilai asalnya.

Syiling tersebut yang dibuat dari campuran tembaga dan nikel dan bukannya gangsa, adalah satu-satunya yang wujud akibat kesilapan semasa proses mencetak.

Ia telah dibuang pada 1919 selepas Royal Mint di London subkontrakkan kerja tersebut untuk sebuah kilang di Kings Norton, Birmingham, kerana berdepan dengan kesibukkan membuat medal perang.

Pada masa itu, Kings Norton Metal Company telah membuat matawang British West Africa untuk kegunaan di negara-negara jajahan seperti Ghana, Nigeria, Sierra Leonne dan Gambia.

Semasa proses pembuatan, jurutera telah tersilap memasukkan bahan mentah dan ia telah dibuat dalam kuantiti yang banyak.

Apabila kesilapan itu disedari, ada yang dibuang ke dalam relau dan ada sebahagian disimpan oleh jurutera.


Duit syiling tembaga-nikel itu kemudiannya diserahkan kepada Francis Edward Brown, seorang usahawan tempatan, dan kekal dalam keluarganya sejak itu.

Turut bersama mengiringi syiling itu adalah surat daripada Encik Brown di mana beliau menggambarkan ia sebagai syiling nikel yang wujud satu-satunya di dunia ini.

Kertas kerja membuktikan sejarah syiling yang akan dimasukkan ke dalam lelongan. Pada tahun 1919 terdapat 240 sen dalam satu paun.

Daniel Fearon, pakar syiling di syarikat lelongan Woolley dan Wallis, berkata bahawa Royal Mint telah mengesahkan syiling tersebut adalah asli.

Beliau berkata: "Syiling ini tidak mempunyai status rasmi kerana ia tidak memasuki edaran".

"Berikutan perang yang melanda, Royal Mint sangat sibuk menyiapkan pingat perang yang menarik dan mereka telah subkontrakkan banyak kerja kepada Kings Norton Metal Company berhampiran Birmingham"

"Duit syiling ini mungkin mempunyai nilai muka yang kecil tetapi ia adalah unik".

"Anggaran kami adalah sehingga £2,500 tetapi ia boleh dijual lebih tinggi dari itu." - DailyMail

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

5 comments:

  1. ALHAMDULILLAH NO 1 LAGI. TERIMA KASIH KERANA ANDA SEMUA MENGUNDI SAYA..SAYA SYG PEMINAT2 DI BAWAH SAYA NI..LOVE YOU AKK..MUAXX !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ?? Mental??














      _sz_

      Delete
    2. KO X PYAH NK BERANGAN SNGAT LA MANGKUK.. KLAU DH KERJA CUCI TNDAS X YAH NK JD POPULAR.. POPULAR NGN SETAN BLEH LAA..

      Delete
    3. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :


      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?--> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM





      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. saya juga mempunyai duit nilai yang sama seperti ini..agak2 sama jenis ke bahan yg digunakan untuk membuat syiling tersebut??

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri