Rupa-rupanya ada juga yang menerima nasib yang sama, menurut lelaki ini dia tidak pernah menghalalkan walau satu sen wang yang telah diambil oleh bekas tunangnya itu. Dahla tak pulangkan semula duit hantaran, sedap-sedap pulak guna duit tu untuk kahwin dengan orang lain.
____________________________________
Adik posmen. Bertabahlah. Kisah adik lebih kurang sama dengan saya 2, 3 tahun lepas. Keluarga belah perempuan tu sampai sekarang tak jumpa jalan ke rumah keluarga saya. Agaknya dah cacat ingatan kot nak pulangkan duit hantaran saya balik. Moga Allah bahagiakan adik selepas ini. Hak adik terpulang pada adik.
Oh, untuk yang tertanya-tanya, just nak bagitau. Saya tak pernah pun cakap dah halalkan lepas tu sekarang tak halalkan. Maaf, memang dari mula tak terbuka hati saya nak halalkan duit hantaran tu. Kalau Najib kata tunggu Selasa, saya lak tunggu Isnin.
Perempuan tu dah dapat full duit hantaran tapi cancel nikah seminggu sebelum wedding. Pulang cincin pun, dia datang sorang-sorang, tak bawak mak ayah. Semua benda dah prepare, dah ready pun.. tinggal nak laksanakan majlis je. Lepas 3 bulan, tup tup dia kahwin dengan org lain. Goodie bag pun dia rembat guna time wedding dia. Sampai la ni, still tak pulang duit. Buat tak tahu, ada suami pun dayus. Duit ambil, kahwin tak jadi.Pelik la perempuan macam tu.
sumber: Asyraf Nasir
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri