Terdapat pelbagai peristiwa mengejutkan yang terjadi dalam sejarah. Sebagai contoh, pada 22 November 1963, presiden Amerika Syarikat (AS) yang masih muda iaitu John F. Kennedy (JFK) sedang menaiki kereta di Dealey Plaza, Dallas, Texas. Hari itu seperti hari indah yang lain dan harapan orang ramai menggunung tinggi. Hanya sesaat, peluru menembusi kepala JFK dan isterinya, Jackie merangkak atas kereta untuk mengaut cebisan otak suaminya dalam keadaan terpempan.
JFK telah ditembak mati. Set gambar kali ini merakamkan detik-detik vital selepas berlakunya pembunuhan terkenal yang tidak dijangka dalam sejarah.
1. Martin Luther King
Ditembak mati pada 4 April 1968 oleh James Earl Ray. Dia merupakan seorang aktivis, penceramah dan pemimpin terkenal untuk hak asasi rakyat Afrika Amerika dan pemenang anugerah Nobel untuk keamanan yang dikenali kerana pendekatan memperjuangkan hak asasi melalui kepatuhan undang-undang. Dia dibunuh di Motel Lorraine di Memphis, Tennessee pada usia 39 tahun.
2. Presiden AS, John F. Kennedy
Ditembak mati pada 22 November 1963 oleh Lee Harvey Oswald. JFK merupakan presiden AS yang ke 35, terbunuh pada 12.30 tengahari di Dealey Plaza, Dallas, Texas. Pembunuhnya telah dibunuh pula oleh orang lain sebelum perbicaraan. Terdapat pelbagai teori konspirasi muncul selepas itu yang ini ialah tindakan bagi menyembunyikan sesuatu.
3. Lee Harvey Oswald
Dibunuh pada 24 November 1963 oleh Jack Ruby. Menurut lima siasatan rasmi, Oswald ialah penembak jarak jauh yang telah membunuh JFK dua hari sebelumnya.
4. Malcolm X
Dbunuh pada 21 Februari 1965 oleh Norman Butler, Thomas Johnson dan Talmadge Hayer. Malcolm ialah seorang Muslim bangsa Afrika-Amerika yang seorang aktivis hak asasi manusia. Kepada pengikutnya, dia ialah seorang calon yang berani dalam memperjuangkan hak kulit hitam, seorang individu yang mengecam jenayah yang dilakukan oleh kulit putih kepada kulit hitam. Namun, ada yang menganggap Malcolm menggalakkan rasisme dan keganasan. Dia dianggap antara tokoh Afrika-Amerika paling berpengaruh dalam sejarah.
5. Robert F. Kennedy
Dibunuh pada 5 Jun 1968 oleh Sirhan Sirhan. Dia ialah abang kepada JFK dan dibunuh selepas tengah malam di Los Angeles, California sewaktu berkempen untuk pilihanraya Presiden AS bagi tahun 1968.
6. George Lincoln Rockwell
Dibunuh pada 25 Ogos 1967 oleh John Patler. Rockwell ialah pengasas Parti Nazi Amerika dan merupakan seorang tokoh pergerakan Neo-Nazi di AS. Tulisan dan pegangannya masih berpengaruh kepada nasionalis kulit putih dan Neo Nazi.
7. Anwar Sadat
Dibunuh pada 6 Oktober 1981 oleh Khalid Islambouli. Pembunuhan Anwar Sadat, Presiden Mesir itu berlaku semasa perarakan tahunan untuk memperingati kejayaan tentera mesir menyeberangi Terusan Suez.
8. Inejiro Anasuma
Dibunuh pada 12 Oktober 1960 oleh Otoya Yamaguchi. Anasuma ialah seorang ahli politik Jepun dan pemimpin Parti Sosialis Jepun. Merupakan seorang pemidato yang hebat, namun merupakan seorang penyokong Parti Komunis China dan sosialisme. Yamaguchi yang hanya berusia 17 tahun, telah membunuh diri dalam penjara selepas seminggu membunuh Anasuma. Dia sempat mengikrarkan taat setia pada Maharaja Jepun melalui tulisan pada dinding penjara.
9. Park Chung-hee: Park
Presiden Korea Selatan, dibunuh pada 25 Oktober 1979 oleh Kim Jae-kyu sewaktu makan malam di bangunan Agensi Risikan Pusat Korea (KCIA) dalam Blue House (kediaman rasmi presiden Korea) di Gungjeong-dong, Seoul. Kim Jae-kyu pula ialah Pengarah KCIA dan ketua pengawal Park. Park ditembak di dada dan kepala, dan mati hampir serta merta. Empat pengawal peribadi presiden dan pemandu keretanya turut dibunuh.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri