7 Negara Paling Kecil Di Dunia



Sebenarnya untuk menjadi sebuah negara, tidaklah memerlukan wilayah atau kawasan yang luas. Malah jumlah populasi penduduk juga bukan menjadi ukuran untuk membentuk sebuah negara.

Tahuklah anda terdapat negara yang tersangat-sangat kecil di dunia ini hinggakan anda sendiri tidak akan percaya bahawa ia adalah sememangnya sebuah negara.

Jom lihat 7 negara yang paling kecil di dunia.

1. Tuvalu




Tuvalu, dulunya dikenal sebagai Kepulauan Ellice, adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di antara Hawaii dan Australia di Lautan Pasifik. Berjiran dengan negara pasifik yang lain seperti Kiribati, Nauru, Samoa dan Fiji.

Tuvalu terdiri dari sembilan buah pulau batu karang dengan populasi penduduk . Populasi seramai 9,876 orang penduduk yang mendiami di dalam kawasan seluas 26 kilometer persegi.

2. Liberland




Negara Liberland terletak di tengah-tengah antara Croatia dan Serbia. Negara ini hanya berkeluasan 8 kilometer persegi sahaja. Ia tidak mengandungi sebarang kediaman mahupun bangunan tetapi hanya mempunyai ladang dan kawasan hutan. Dasar undang-undang negara ini adalah semua orang berhak menjadi warganegara kecuali mereka yang megamalkan kefahaman Nazi serta yang mempunyai rekod jenayah.

3. Vatican




Ia merupakan salah satu negara terkecil dunia. Hanya berkeluasan 44 hektar, Vatican memiliki populasi penduduk sekitar 1,000 orang. Sumber utama pendapatan negara ini adalah hasil daripada penjualan buku, cenderamata serta tiket muzium yang ada di negara ini.

4. Monaco




Berkeluasan hanya 2.02 kilometer persegi, Monaco juga memiliki status sebagai sebuah negara berdaulat. Namun pertahanan negara ini masih lagi bergantung kepada Perancis.

5. Nauru




Terkenal dengan nama Pulau Pleasant sebelum ini, negara Republik Nauru menjadi sebuah negara berdaulat sejak 31 Januari 1968. Negara ini terletak di Lautan Pasifik dan hanya berkeluasan 21 kilometer persegi.

6. Sealand




Sekilas pandang, ia hanya nampak seperti sebuah pelantar minyak lama yang usang. Tapi hakikatnya ia adalah sebuah negara!!! Terlertak 9.6 kilometer daripada pantai Suffolk, England, Sealand yang hanya berkeluadan 1.6 kilometer persegi ini diwartakan sebagai sebuah negara.


7. San Marino




San Marino adalah negara republik yang tertua di dunia yang ditubuhkan pada 3 September 301. Negara ini mempunyai seramai 32,576 orang penduduk yang mendiami di dalam kawasan negara seluas 61.2 km persegi.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri