- Satu liter minyak yang diisi untuk Bugatti Veyron ini hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
- Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
- Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
- Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.
- Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
- Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
- Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
- Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.
- Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. Berminat?
- Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
- Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
- Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
- Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
- Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
- Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.
Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bugatti Veyron
Himpunan Lawak0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri