Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata


Seluar jeans secara umumnya memiliki sembilan bahagian atau features asas yang tidak pernah berubah selama 150 tahun.

Salah satu bahagian yang tetap itu adalah rivet atau sering disebut paku poket. Butang kecil mirip tombol mini ini sering ditemui melekat pada persimpangan jahitan atau pada hujung poket seluar jeans.


Kebanyakan orang mahupun penggemar jeans tidak tahu akan fungsi sebenar rivet ini yang kebiasanya diperbuat daripada tembaga. Mereka menganggap rivet ini adalah hiasan semata-mata untuk menjadikan seluarkan nampak lebih garang dan bergaya.

Sejak terjadi Gold Rush atau pelombongan emas besar-besaran di California pada sekitar tahun 1848, para penambang tidak dapat bekerja dengan selesa disebabkan oleh seluar yang dipakai oleh mereka longgar di bahagian pinggang dan bercendurung untuk melorot ke bawah.


Selain daripada itu, poket seluar yang dipakai oleh pelombong-pelombong pada ketika itu dilaporkan tidak tahan lasak dan sering terkoyak.

Bak pepatah Inggeris, every problem is an opportunity in disguise. Salah satu pelanggan Levi Strauss (orang yang mempopularkan seluar jeans), Jacob Davis, adalah seorang tukang jahit yang berasal dari Reno, Nevada memiliki idea untuk menggunakan paku yang diperbuat daripada logam untuk mengikat poket pada seluar jeans. Kemudiannya, paku yang sama ditambah pada keliling pinggang seluar agar lebih kukuh dan tidak mudah melorot ke bawah.


Bermula saat inilah, ke semua seluar jeans dari pelbagai jenama mempunyai butang kecil atau rivet ini pada setiap model keluaran mereka.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri