Sepasukan pengkaji yang diketuai oleh jurutera marin, Brennan Phillips membuat penemuan menakjubkan apabila berjaya mengesan beberapa jerung yang hidup dalam gunung berapi.
Dengan melabuhkan kamera ke dalam kawah gunung berapi itu, pasukan pengkaji terbabit menemui dua spesis jerung dan juga ikan pari, obor-obor dan juga beberapa spesis kecil hidupan laut.
Dikenali sebagai Kavachi, gunung berapi ini terletak di kepulauan Solomon dan merupakan salah satu gunung berapi di Barat Daya Lautan Pasifik.
Amat mengejutkan apabila Brennan dan pasukannya hanya berani untuk menurunkan kamera dalam tempoh sejam sahaja kerana suhu air yang mencecah 426 Celcius dan Ph yang sangat rendah.
Kebanyakan haiwan hidup yang tinggal di situ juga dipercayai mampu bertahan dalam suhu dan keasidan yang tinggi dan berkemungkinan akan musnah bila-bila masa sahaja.
Brennan berkata, penemuan itu juga mengubah sama sekali hasil kajian terdahulu dan memerlukan mereka untuk menjalankan kajian dengan lebih lanjut.
Kini beliau berharap dapat menemui jawapan sama ada jerung berkenaan akan dapat melepaskan diri sekiranya gunung berapi itu meletus atau sebaliknya.
“Kita tidak tahu apa agi yang akan kita temui selepas ini terutamanya apabila kajian membabitkan laut dalam. Semakin dalam kita pergi, maka semakin banyak penemuan baru ditemui,” katanya memetik laporan Dailystar.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri