Peranan 9 Raja-raja Melayu Di Dalam Angkatan Tentera Malaysia


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pihak bertanggungjawab terhadap pertahanan negara Malaysia dan ianya meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu menggalas jawatan sebagai Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen ataupun Kor ATM. Dalam entri kali ini, HUNKZ akan berkongsi tentang jawatan jawatan yang sedang disandang oleh Raja Raja Melayu.

“Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasukTLDM dan TUDM. Untuk TLDM ianya dikenali sebagai Kapten Yang Dipertua. Kor/Rejimen yang belum menerima panji panji diraja tetapi mempunyai Kolonel Yang Dipertua ialah Rejimen Gerakhas Malaysia tetapi ianya dikenali sebagai Kolonel Komandan….”

1. Sultan Kedah



KDYMM Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Perkhidmatan Diraja

2. Sultan Pahang



KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Almustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah

– Kolonel Yang Dipertua TUDM

3. Sultan Perak



DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Jurutera Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja

4. Sultan Terengganu



KDYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Mukhtafi Billah Shah

– Kolonel Yang Dipertua Kor Armor Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Ordinans Diraja

5. Raja Perlis



DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja

6. Sultan Selangor



DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

– Kapten Yang Dipertua Tldm


7. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan



DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja

8. Sultan Kelantan



KDYMM Sultan Muhammad V

– Kolonel Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja
– Kolonel Yang Dipertua Kor Risik Diraja


9. Sultan Johor



DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
selaku

– Kolonel Rejimen Grup Gerak Khas

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri