Inilah Masjid Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C


Mencatat suhu di bawah negatif 50 darjah celcius, masjid The Nurd Kamal yang terletak di bandar Norlisk Rusia ini dikenali bukan kerana kaligrafi atau senibina bangunannya tetapi cuaca sejuk yang luar biasa.

Keadaan di masjid ini akan jadi lebih sejuk apabila tiba musim salji kerana salji menutupi keseluruhan bumbungnya.

Masjid berkenaan merupakan bangunan terindah di bandar itu kerana dindingnya berwarna hijau, dengan kubah bersalut warna emas.

Masjid dibuka tahun 1998 itu dibina oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang etnik Tatar dan warga Norlisk yang tinggal di bandar Laut Hitam Sochi yang jaraknya 4,000 km dari masjid tersebut.

Walau bagaimanapun, masjid ini bukanlah nama yang popular dalam kalangan penggembara atau pelancong kerana ianya terletak di kawasan paling utara Rusia.

Norlisk dianggarkan mempunyai 50,000 biji rumah penganut beragama Islam dan jumlah itu hanyalah satu perempat daripada keseluruhan penduduk di wilayah Rusia iaitu sekitar 210,000.

Sebahagian dari bandar ini dipenuhi warga Azerbaijan dan Republik Russia Dagestan yang hanya bekerja sebagai peniaga atau pekerja bangunan.

Jumlah populasi penduduk di bandar tersebut semakin mengecil kerana Norlisk telah mengehadkan akses bagi orang asing.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri