Reaksi Mat Salleh Pada Selebriti Lelaki Malaysia


Melalui respon di dalam video yang kami tengok mereka sangat-sangat menyukai lelaki di Malaysia ini. Nak tahu selanjutnya? anda boleh menonton klip video di bawah yang kami kongsikan bersama.

Antara selebriti popular yang ditunjukkan kepada mereka ialah Wak Doyok, Awal Ashaari, Nazim Othman, Izzue Islam dan Shaheizy Sam.

Berdasarkan kepada reaksi responden berkenaan dapat disimpulkan kesemua mereka cukup mengemari posting yang dimuat naik Wak Doyok menerusi laman Instagramnya selain cukup berkenan dengan gaya berpakaian yang diketengahkan oleh ikon fesyen tersebut.

Mereka juga sukakan segala feed yang ditunjukkan Awal malah ada yang secara berseloroh kata sanggup jadi ibu tiri kepada Lara Alana kerana geram melihat kecomelan si kecil itu.

Jika Izzue dan Sam sangat diminati di Malaysia, mereka pula berfikiran sebaliknya dan rata-rata tidak sukakan dua hero pujaan Malaya, tidak seperti mana peminat tempatan.

Apa-apa pun layan je video ni ok, kita lihat pula apa tanggapan dorang terhadap selebriti Malaysia yang kacak-kacak semuanya ini!

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri