7 Anak Perempuan Billionaire Yang Paling Cantik Di Dunia

Tak semua dilahirkan bertuah macam mereka. Lahir-lahir je dah kaya. Dah la cantik, mesti ramai lelaki yang nak himpit. Jom kita layan 7 orang pewaris harta terkaya di dunia yang cantik.

1. Vanisha Mittal



Dalam senarai pewaris harta wanita terkaya dunia, Vanisha Mittal, menduduki tempat teratas carta dengan aset RM92.5 bilion. Anak hartawan India, Laksmi Mittal itu, mula diberi perhatian oleh media selepas bapanya memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM177 juta untuk majlis perkahwinannya pada tahun 2004.Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat keluli itu, Vanisha, memang berhak menikmati setiap sen yang masuk kantung poketnya tanpa perlu dilabelkan sebagai anak bapa yang cuma tahu menghabiskan wang.

2. Marta Ortega Pérez



Tempat kedua, berdasarkan nilai kekayaan bapanya adalah Marta Ortega Pérez, 26. Gadis kelahiran Sepanyol itu bernilai RM92.2 bilion yang diperoleh daripada empayar peruncitan fesyen, Inditex, milik bapanya, Amancio Ortega Gaona. Malah, rangkaian gedung fesyen terkemuka itu termasuk Zara, Massimo Dutti, Oysho serta Zara Home dengan biloangan pekerjanya kira-kira 14,000 orang.

3. Ivanka Trump



Bagaimanapun, kedua-duanya masih terlalu jauh untuk menandingi populariti yang diraih Ivanka Trump. Statusnya sebagai anak hartawan Amerika Syarikat, Donald Trump, saja sudah cukup meletakkannya dalam kelas tersendiri. Walaupun kekayaan yang bakal diwarisinya cuma RM5.9 bilion dan ketinggalan berbanding Vanisha, Ivanka, 28, namun dia kaya aset boleh berbangga dengan kejelitaan yang diwarisi daripada ibunya, Ivana. Malah dia lebih dulu mencipta nama sebagai model terkenal sebelum memutuskan untuk meneruskan legasi bapanya.

Memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Pembangunan dan Perolehan Pertubuhan Trump, Ivanka juga salah seorang juri dalam rancangan realiti popular, The Apprentice yang terus menjadikannya dikenali dunia.

4. Holly Branson



Seorang lagi yang menyerikan senarai itu dengan rupa dan hartanya ialah anak kesayangan hartawan kelahiran Britain, Holly Branson.

Walaupun berada di tangga ke-212 dengan aset bernilai RM11.8 bilion, Holly, 28, pada awalnya tidak berminat mengikut jejak langkah bapanya, Richard Branson, sebaliknya meneruskan pelajaran untuk menjadi doktor. Bagaimanapun, dia kemudian menukar fikiran dan menyertai empayar perniagaan Virgin yang banyak menyumbang kepada duit poketnya.


5. Tamara Ecclestone



Terikat pada kedudukan sama dengan Holly Branson, Tamara Ecclestone, 26, berusaha mengembangkan karier daripada model dan pengacara rancangan televisyen kepada ahli perniagaan yang memasarkan pakaian dalam dan produk rambut wanita.

6. Bernard Ecclestone



Anak hartawan Formula Satu, Bernard Ecclestone, juga tidak ingin dipandang cuma sebagai anak orang kaya sebaliknya mahu lebih serius mengembangkan empayar perniagaan sendiri.

7. Hind Hariri



Mewakili dunia Arab ialah Hind Hariri, anak kepada bekas Perdana Menteri Lubnan yang meninggal dunia dalam serangan bunuh diri, Rafik Hariri. Mewarisi kekayaan keluarga dengan aset bernilai RM4 bilion, Hind, 26, pernah tersenarai sebagai antara pewaris termuda oleh Forbes pada tahun 2008.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri