Baru 12 Tahun Tapi Kelihatan Sangat Tua

Gadis ini bernama Otlanmetse Falaste, seorang gadis kulit hitam berusia 12 tahun. Gadis ini menderita penyakit jarang ditemui iaitu penuaan sebelum waktunya atau dalam istilah perubatan di sebut sebagai sindrom Hutchinson-Gilford.

Ontlametse dilihat tegar wlaupun dia tahu bahawa hidupnya tidak akan berjalan lama seperti manusia lain, bahkan dia pernah mengatakan “Aku menyebut diriku sebagai wanita pertama (dengan penyakit sindrom Hutchinson-Gilford), kerana saya adalah kanak-kanak kulit hitam pertama dengan penyakit ini, apakah anda tahu adak anak kulit hitam dengan penyakit ini selain saya?

Ontlametse adalah satu-satunya gadis kulit hitam dengan diagnosis syndrom Hutchinson Gilford, penyakit jarang ditemui dan fatal, mempercepatkan proses penuaan. Dalam sejarah umat manusia Seluruh hanya ada dua anak kulit hitam menderita penyakit ini dan teduanya meninggal dalam usia belia, satu dari Amerika Syarikat dan satu dari Belanda.

Menurut para ahli, di dunia hanya ada 200-250 kes pesakit penyakit ini. Rata-rata pesakit syndrome ini meninggal pada usia 8 hingga 21 tahun, biasaya komplikasi yang muncul dan menyebabkan kematian adalah penyakit darah tinggi, stroke angina dan gagal jantung.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri