Kata orang kalau dah sayang, apa sahaja sanggup dilakukan. Ini kan pula jika ianya untuk isteri tercinta, lautan api sanggup abang renangi asalkan dapat membahagiakanmu!
Isteri lelaki ini merancang untuk memulakan servis make up untuk mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan atau pertunangan. First job dah dapat jadi kena eksperimen dulu, tengok hasilnya dan siapa yang jadi bahan uji kaji.
Wife Nadhirah Sulaiman cakap dah boring duduk rumah, nak start buat servis make up lepas bersalin nanti, ahad ni pulak ada dah first job , jadi sebelum first job, kena eksperimen dulu, nk make up kat anak perempuan ,dia dalam perut lagi.
Maka kita sebagai suami mithali kenalah jadi bahan kajian utama, demi cinta membara, dari awal buat sampai habis asyik nak gelak je,kejang urat saraf perut.
Punya la dasat skill dia, kita bukan main gelak dia boleh touch-up betulkan, dengan alat mekap pun tak ckup, haha. Dekat sini bukan pasal mekap nak cerita, tapi pasal kebijaksanaan seorang isteri, dia boleh berusaha buat bagi cantik walau kita buat jadi compang-camping.
Dia punya usaha mekap, dengan pelbagai bahannya untuk cantik terhadap suami memang dasat. Eye liner, foundation, mascara , segala apa benda lagi saya pun tak tahu. Sekarang baru saya tahu apa perasaan dia, masa yg lama diambil, sampai tercucuk mata, merah mata, berair air mata semata nak mekap bagi cun.
Wahai suami hargailah isteri mu yg banyak berkorban, bukan setakat pregnant anak kita, tapi tetap berusaha nak cantik tambah2 kita ajak keluar rumah. Jadi jangalah marah dia kata lambatlah, itu lah, inilah, apa yg mereka buat tetap untuk kita.
Sayangilah bini anda sehingga ke jannah
Haniff Sofian
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri