Cara Mengetahui WhatsApp Anda Diblock Oleh Si Dia


WhatsApp adalah salah satu aplikasi pesanan untuk telefon pintar dengan basic mirip BlackBerry Messenger.

WhatsApp mula popular sekitar 2010 dengan menyediakan kemudahan seperti “live chat”, berkongsi gambar, video dan file secara terus.

Untungnya ramai memilih aplikasi WhatsApp ini kerana tidak dikenakan cas bayaran seperti sistem pesanan ringkas (SMS). Hanya menggunakan data internet juga WIFI, anda sudah dapat berwhatsApp 24jam seminggu.

Hari ini penulis ingin berkongsi pada brader-brader dan sista disini cara-cara untuk mengetahui WhatsApp anda telah di BLOCK oleh rakan atau kekasih hati… mungkin.

Mana lah tau “awek” atau “balak” korang dah berubah hati ada orang lain kan… Tak pun si dia memang dah bosan dengan korang sebab tu dia block.

Baiklah, terdapat tiga faktor yang menunjukkan anda PASTI telah diblock

1 – Tiada paparan gambar profile rakan anda



2 – Tidak dapat melihat status terakhir rakan anda



3 – Tidak dapat melihat “last seen”/status online rakan



Dengan penerangan tiga faktor ini diharap dapat membantu anda untuk mengetahui samada Whatsapp anda telah diblock oleh si dia atau pun tidak. Jika anda sudah diblock, maknanya si dia serious menunjukkan tanda bahawa dia sudah tidak mahu lagi diganggu oleh anda.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri