'Itulah Kali Terakhir Saya Bercakap Dengan Suami...'


Salam admin. Tolong hide kan nama saya ye. Saya nak bagi nasihat teladan kat isteri luar sana agar hargai dan hormati suami anda. Mcm trend je bila gaduh sikit nak cerai. Tak boleh ke diperbaiki hubungan itu. Ini kisah saya 13thn lepas. Saya isteri yg bahagia ada suami penyayang dan anak yg comel usia 6bulan. Usia perkahwinan 2thn kami tak pernah gaduh. 

Usia saya ketika itu 21 manakala suami 31. Pd satu ptg...kami htr anak kami ke umah family saya sbb parents sy nak cucu mrk bermlm d umah. Mlm tu kami suami isteri balik umah kami sendiri...masa nak balik..suami sy pelik..merenung lama ke arah anak kami sambil sedih. Sy ckplah kat dia yg sy nak bawa balik je anak kami bersama. 

Dia ckp takpe. Dlm perjlnan balik..suami tetiba ckp..kalau sesuatu berlaku pd dia..dia nak parents sy jaga anak kami. Dan dia ckp kalau sy jumpa penggantidia...sayangi n setia la seperti mana sy setia syg pd dia. Masa tu sy fikir dia nak tinggal kan sy dan ada prmn lain. Terus merajuk sampai umah taknak ckp. Seblm tdo dia minta bancuhkan milo tp pelik sbb dia tak suka milo. Bila tdo sy palingkan muka n taknak tgk muka dia(ya allah sedih teringat ni). Suami panggil dan tanya marah lagi ke. Dia suh peluk dia..sy pusing peluk kejap n cium pipi n ckp ngantuk nak tdo. Rupanya itu kali terakhir sy berckp dgn dia. Pukul 2 pagi dia sprti sesak nafas. 

Sy kejutkan dia dan minta maaf sambil cium kaki dia. Sy menangis tgk keadaan suami mcm tu. Dia tgk sy dlm keadaan sedih dan menutup mata. Masa tu saya terlihat airmata menitis keluar dari matanya. Terus panggil jiran tlg htr ke hsptl. Parents sy dan tggu kat hsptl siap bawa anak kami. Sampai ke emergency saya siap bawa anak kami dan suh dia kucup bapa dia dan ckp abg bgn anak kita ni. Anak sy tak nangis tp pegang wajah bpk dia. 

Doktor dtg dan check suami. Kemudian doktor panggil dan ckp puan...suami puan dah takda. Dia meninggal masa sampai sini. Kami minta maaf puan. Ya Allah! Seperti ada tikaman didada ku..pedih dan berat..aku takdpt menangis. Aku rasa seolah mimpi. Pergi ke arah arwah suami yg ku sayangi terbaring sambil family arwah dan parents aku menangis disitu. Aku pegang kaki dan cium dahi arwah...semua ckp jgn bagi airmata kena arwah..ku tahan airmata n cium n peluk dia. Teringat sblm tdo arwah minta aku peluk sbb kami 2thn berkahwin mmg terbiasa tdo atas lengan dia. Keluar dari bilik kecemasan aku menangis tak henti2. 

Aku harap ni semua mimpi. Aku cubit tangan sekuat hati...ahh sakit. Huhuuu bukan mimpi. Aku menyesal sgt...menyesal kerana merajuk dgn arwah dan tidak tidur memeluknya seperti biasa. Ku peluk cium anak kami. Masa tu ayah ku pertama kali ku lihat dia menitis airmata melihat aku n anak ku. Ayah mana yg sanggup lihat anaknya jadi balu dan cucu nya jd anak yatim. 13thn berlalu...namun kesakitan kepedihan itu masih terasa. Buat isteri diluar sana...sayangi suami kamu selagi dia masih ada. Jgn dia sudah dijemput allah barulah kita nak menyesal bagai.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri