Syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd kehilangan sejuta pelanggan bagi tahun 2015. Bagi tempoh awal tahun 2016, lebih dari 400,000 pelanggannya beralih arah ke rangkaian telekomunikasi yang lain.
Meskipun mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama 2016, tindakan pelanggan memilih untuk tidak menggunakan khidmat Maxis mungkin akan menjadi pengajaran kepada mereka agar lebih berhati-hati dalam menjaga perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan.
Lapor Free Malaysia Today, sebahagian besar pelanggan yang meninggalkan Maxis pada tahun ini berkaitan dengan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan baharu MAXISone tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.
Berdasarkan laporan suku tahunan Maxis Berhad, pada suku pertama tahun 2015, Maxis mencatatkan peningkatan 9 juta pengguna. Namun, jumlah itu menurun kepada 9.5 juta pengguna dalam tempoh yang sama pada 2016.
Walaupun ramai pelanggannya beralih ke rangkaian lain, Maxis masih mencatat peningkatan pendapatan RM484 juta bagi tiga bulan pertama 2016 berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama pada 2015, hasil pengurangan operasi syarikat.
Menurut penganalisis, tindakan Maxis yang terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran semasa menyebabkan pesaingnya seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan yang lebih murah. Manakala syarikat telco kecil seperti UMobile dan Tunetalk telah mengambil peluang ‘memakan’ pasaran Maxis.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Maxis seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka,” kata ketua sebuah firma sekuriti di Kuala Lumpur.
Kehilangan pelanggan Maxis itu merupakan kemenangan yang besar bagi pesaingnya. Sebagai contoh, suku pertama tahun 2015, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 pelanggan, sementara Maxis kehilangan 377,000 pelanggannya.
Sumber : freemalaysiatoday
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri