Lelaki Ini Kongsi Cara Lawat 7 Negara Dengan Kos RM4,395 Termasuk Tiket Flight


Melancong ke negara Eropah menjadi impian ramai orang namun tak semua yang mampu menjejaki kaki ke sana kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Namun, saudara Asrul Hafiz membuktikan beliau berjaya mengembara ke beberapa negara terkenal dunia hanya menggunakan kos kurang dari RM5,000 termasuk tiket penerbangan. Wow! Murahkan?

Berikut merupakan perkongsian bertulis daripada beliau.


Pengalaman 8 Hari di Bumi Eropah

Semua manusia di dalam dunia ini boleh dikatakan mahu dan suka travel jikalau diberikan kesempatan, termasuklah diri saya sendiri. Disini saya ingin coretkan sedikit pengalaman saya sepanjang perjalanan saya selama 8 hari, pada 28 Mei – 4 Jun di bumi Eropah dengan harga yang berpatutan.

Tiket kapal terbang telah saya beli setahun yang lepas, ini kerana pada ketika itu harganya berpatutan KL - Abu Dhabi - London & Amsterdam - Abu Dhabi - KL dengan menggunakan penerbangan Etihad yang berharga RM2304. Pada ketika itu saya hanya membeli tiket sahaja dalam masa selama 8 hari tidak termasuk sehari ketika didalam pesawat.


Sebulan kemudian saya membeli tiket dan ingin melawati negara-negara yang lain di dalam masa yang singkat. Saya mula membeli tiket kapal terbang ke Venice, Paris, Barcelona, Porto dan Brussels. Berikut adalah senarai harga tiket kapal terbang:

London -Venice : £41.99 : Rm255
Venice - Paris-Barcelona : € 77.72 : RM365
Barcelona - Porto : € 24.47 : RM115
Porto - Brussels : € 29.99 :RM141

Jumlah matawang ketika saya membeli tiket pada waktu dan masa ketika itu.

Saya menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama dimana Easyjet dan Ryan Air menjadi pilihan kerana harga yang berpatutan dan juga ianya menjimatkan masa selama saya berada di bumi Eropah. Bagi penginapan pula saya menempah dua bulan sebelum saya terbang ke bumi Eropah.

Berikut adalah senarai harga hotel/hostel tempat saya menginap:
Hotel di London : £31 : RM171
Hotel di Barcelona : €24 : RM101
Hotel di Porto : €18 : Rm80
Hotel di Venice €60 : RM266 (2 Hari)
Hotel di Amsterdam €42 : Rm194


Jumlah matawang ketika saya membeli tiket pada waktu dan masa ketika itu.

Memandangkan tiket balik saya dari Amsterdam maka saya menempah bas dari Brussels ke Amsterdam yang berharga €16:RM76. Saya berada di Brussels sehingga malam dan kemudiannya terus menuju ke Amsterdam dengan mengunakan Eurolines. Berikut adalah senarai harga bas/tram/metro sepanjang saya disana:

Victoria Station-Gatwick Airport : £2.45: RM15
Paris Airport-City Centre (return) : €8.4 : RM37
Oyster card-London : £15:RM83
Tiket Tram/Bus-Venice : €7.20 : RM32
Tiket Metro-Barcelona: €10.20 : RM45
TIket Metro-Porto : €7: RM31
Tiket Metro-Brussels : €4 :RM17.6
Tiket Metro-Amsterdam : €15 : RM66
Jumlah matawang ketika saya membeli tiket pada waktu dan masa ketika itu.

Dengan persediaan awal saya dapat jimatkan banyak kos terutamanya tiket kapal terbang ke negara-negara tersebut. Berikut adalah anggaran jumlah kos yang saya keluarkan untuk mengunjungi 7 negara Eropah dan tidak termasuk Abu Dhabi (transit).

Tiket kapal terbang : RM3180
Harga Hotel/Hostel : RM812
Tiket bus/metro/tram : RM403

Jumlah keseluruhan : RM4395

Dengan berbekalkan RM4395 saya mampu mengunjungi 7 negara tersebut dalam masa selama 8 hari, sangat menakjubkan. Setiap negara mempunyai keistimewaan yang tersendiri, anda boleh melihat gambar yang saya upload di Instragram (asrul3hafiz).

Pengalami Pengalaman Dirompak Ketika di Portugal


Sepanjang perjalanan saya di bumi Eropah saya dibuai dengan panorama yang menakjubkan oleh semua negara tetapi saya lalai pada waktu ketika saya di Porto di mana sesuatu perkara buruk telah berlaku kepada saya.

Semasa saya berjalan kaki ke Monumento di Porto iaitu kawasan paling tinggi yang boleh melihat seluruh bandar Porto, pada ketika itu berjalan sambil melihat Iphone ditangan dan kamera DSLR berada di dada saya. Secara tiba-tiba, leher saya seolah-olah seperti dicekik dengan menggunakan tangan. Seperti ada seseorang dibelakang saya cuba untuk memberentikan nafas saya, beliau adalah perompak.

Pada waktu dan ketika itu saya panik, tidak boleh bernafas dan tidak mampu berbuat apa-apa. Tangan saya terkapai-kapai dan perompak tersebut memegang leher saya dengan kuat sekali. Saya bergelut dengan perompak hampir 1-2 minit dan saya hanya mampu mengucap dan berserah kepada tuhan kerana ianya berlaku dengan amat pantas.

Secara tidak sengaja saya berjaya menumbuk perompak dengan sekali tumbukan dan membuatkan kami berdua terjatuh dalam pergelutan tersebut dan IPhone saya tercampak. Perompak tersebut berbadan besar dan dalam pada masa itu, perompak tersebut telah menjerit memanggil 2 orang rakan mereka datang.

Saya bernasib baik dapat menyelamatkan diri sebelum 2 orang rakan perompak itu sampai. Rupa-rupanya saya telah diekori oleh 3 orang perompak tanpa saya sedari. Saya berterima kasih kepada mereka yang menolong saya apabila saya tiba diatas di Monumento.

Kejadian ini amat pelik kerana ianya berlaku di kawasan pelancongan dan terjadi pada waktu petang. Mungkin nasib tidak menyebelahi saya pada waktu itu, kerana tiada orang yang berjalan di kawasan tersebut.

Bibir saya berdarah dan tangan saya menggeletar kerana ianya merupakan perkara yang tidak pernah berlaku dalam hidup saya. Pelancong di kawasan tersebut telah membantu saya dan perompak tersebut telah melarikan diri. Mujur keadaan saya tidak serius, cuma luka kecil akibat terjatuh.

Selepas itu 3 orang pelancong seorang dari Belgium dan dua lagi dari Portugal telah membantu saya supaya saya berada dalam keadaan selamat dan seorang daripada mereka telah menemani saya untuk membuat laporan polis.

Saya pergi ke balai polis yang berdekatan tetapi tiada siapa yang boleh berbahasa Inggeris dan kemudiannya saya di bawa dengan menaiki kereta polis ke balai polis di kawasan Sao Bento, Porto untuk membuat laporan keatasan bencana yang menimpa saya. Laporan dicatat dalam bahasa Portugis dan perbualan saya dengan polis tersebut di dalam bahasa Inggeris.

Alhamdullilah saya selamat dan keesokan harinya saya berangkat ke destinasi seterusnya iaitu Brussels.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri