7 Langkah Mudah Simpan Duit Kecemasan RM5,000!


Menurut kajian, hanya 2 dari 10 orang sahaja yang mempunyai duit simpanan melebihi RM5,000. Yang lain mungkin kurang dari jumlah tersebut. Paling parah bila tiada satu sen pun!

Pentingnya duit kecemasan ialah apabila terjadi perkara diluar jangkaan anda. Sebagai contoh, tiba-tiba kereta rosak. Bila tak ada duit mula la nak ambil jalan pintas dengan buat pinjaman.

Akibatnya, hutang makin bertambah dan sampai bila-bila tidak akan ada duit kecemasan.

Kami akan berikan cara mudah untuk simpan duit kecemasan RM5,000!

1. Analisis & Kenal Pasti Perbelanjaan Anda


Salah satu sebab anda tak ada simpanan ialah disebabkan terlebih belanja. Cuma lihat penyata bank dan catit setiap perbelanjaan. Ramai yang membelanjakan wang kepada perkara yang tidak perlu. Betul tak?

2. Buat Bajet Setiap Bulan


Buat catatan setiap bulan pembayaran bil,kereta, rumah dan simpanan/kecemasan. Kalau dah buat semua tu, buat bajet berapa banyak had perbelanjaan setiap bulan. Takkan nak habiskan semuanya. Kalau sebelum ni asyik makan luar je, apa kata masak di rumah pula? Lebih jimat!

3. Tetapkan Matlamat/Gol


Sebagai contoh, anda boleh usaha kumpul duit untuk beli telefon bimbit baru. Itu dianggap bagus kerana anda sudah tetapkan matlamat dan berjaya mencapainya. Jadi tidak mustahil untuk tetapkan matlamat untuk simpan duit kecemasan pula. Simpan RM50 seminggu pun sudah mencukupi.

4. Utamakan Diri Sendiri Dulu


Anda dah bayar semua bil dan yang tinggal hanya untuk perbelanjaan harian je. Mesti rasa tak cukup. Penat kerja hari-hari tapi duit habis untuk bayar bil je. Jadi, duit kecemasan itulah sebenarnya reward untuk diri sendiri di kemudian hari. Tak ada la bersusah payah di masa akan datang.

5. Asingkan Duit Kecemasan ke Akaun Lain


Untuk pastikan duit kecemasan tidak terusik, asingkan duit kecemasan ke akaun lain. Kalau boleh ke akaun yang tidak mempunyai kad ATM. Sebagai contoh anda boleh simpan ke akaun ASB. Kalau nak keluarkan perlu ke kaunter dan menunggu giliran.


6. Jika Dapat Duit Bonus, Simpan Dulu


Ramai yang buat silap dengan membelanjakan sampai habis bila dapat duit bonus. Ingat masa depan sebelum buat keputusan salah. Duit bonus jika anda simpan di ASB, ia akan berkembang dan duit itu lah yang anda patut belanjakan.


7. Buat Sesuatu Yang Anda Suka Bila Dah Capai Gol RM5,000!


Bukan senang nak kumpul RM5,000. Kena ada disiplin dan matlamat. Jika anda berjaya capai matlamat tersebut, lakukan sesatu yang menyeronokkan. Raikan kejayaan tersebut. Itu sudah menunjukkan anda matang dan fikirkan masa depan.

Sumber : Hanasuva

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri