‘Dah Kahwin, Buat Cara Kahwin’


Ada suami yg suka keluar malam melepak ngn kawan2,kopi sampai ke pagi bila bini marah
  • Dikata queen control
  • Dikata jelous tak bertempat
  • Dikata bini org lain ok je
  • Dikata tak faham

Dibagi alasan,nanti apa kata kawan2 saya?
  • Keselamatan anak bini dekat rumah
  • Kasihsayang yg lopong dlm rumah
  • Masa seharian yg bekerja ditambah plak mlm2 keluar melepak langsung tak ade masa utk anak bini

Ada fikir? Agaknya kalu jadi apa2 dekat anak bini mase korang keluar melepak sampai kepagi tu,apa kawan korang boleh buat?

  • Ade kawan korang masak utk korang?
  • Ada kawan korang Bantu cari duit utk family korang?
  • Siapa peneman tido korang?kawan ke bini?
  • Sapa yg dipersoalkn kalu korang gagal didik ank korang?kawan ke korang sendiri?
  • Anak siapa yg jd tanggubgjwb korang?anak korang ke anak kawan korang?

Please stop using term’nanti apa kata kawan2 saya’..typical reason sgt.
  • Nak melepak boleh.silakan tapi berpada
  • Nak berkawan boleh silakan tapi berpada
  • Nak bersukan apa sahaja boleh tapi berpada
  • Pukul 12 tgh malam tu waktu sepatutnye anda dirumah sebagai suami pelindung anak isteri
  • Bukan dimeja mamak bukan dijalanan.

Kalu kerana bekerja ,tak apa lah jugak,yg tak kerana kerja apa cerita? Seminggu dua kali okay je,tapi kalu setiap hari,bini gila je yg tak marah Ingat,anda suami dan bapa org.bukan B.U.J.A.N.G..

Memang,laki orang kalu duduk melepak sampai 6 pagi org tak kata apa-apa. Bini org kalu pukul 12 mlm masih ade kt meja mamak lagi mmg sikit lagi bakal janda kotnya.

Tapi gunalah akal dan pertimbangan.

Bila berkahwin buat cara mcm berkahwin. Zaman melepak sampai subuh keluar situ sini dh berlalu.nak tak nak kene hadap dan terima,kalu tak bleh terima kenapa berkahwin at the first place?

Kat rumah korang tu ade ANAK ORANG dan AMANAT KECIL yg perlu dijaga.kalu korang hari2 tak de kat rumah sampai kepagi,sapa yg nak jadi pelindung mereka?

Tak taulah kalau korang bela SAKA utk jaga anakbini korang semasa ketiadaan korang kat rumah.

Jgn jadi suami yg terpaksa ikut kawan.jadilah suami yg kawan terpaksa ikut korang.

nasihat ini berbentuk umum..tidak ditujukan kepada siapa2..yg baik ambil yg buruk buang.

Sumber : Nurulbadiah Lai

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri