Tadi semasa di Kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.
Cuba abang tulis kebaikan isteri abang..
Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.
Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Saya tengah malam kadang sakit. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sakit kita..
Isteri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.
Bila anak sakit. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.
Tapi isteri sakit, pening, migrain, sakit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer. Kadang mengadu sakit kena marah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sakit demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri…mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sakit.
Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.
Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali mati untuk kita. 9bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…
24jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dahler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.
Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?
Susah ke abang?
Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sekolah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa. Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata isteri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi saw ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..
Baik ustaz. Terima kaseh. Baru saya faham kenapa ustaz amat cintakan wanita.
Rasulullah saw sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita disisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah buat baik terhadap isteri
Sumber : Ebit Lew
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri