Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approvekan sharing saya ni. Saya selalu jadi tukang baca dalam page ni. Banyak benda saya dapat. Yang baik yang buruk. Hehe. Mungkin hari ni perkongsian saya boleh jadi manfaat untuk orang lain.
Saya nak share satu perkongsian yang mungkin ramai pernah hadapi, atau pun ramai yang tak berapa ambil kisah hal ni.
Siapa pernah mimpi bayi? Sama ada nampak bayi (orang lain tengah dukung), dukung bayi atau menyusukan bayi dalam mimpi? Kadang-kadang jugak kita mimpi ada orang nak bagi bayi tu dekat kita? Masa nak dukung tiba-tiba tersedar dari tidur.
Untuk yang biasa dengan perubatan Islam mesti dah tahu apa sebenarnya maksud mimpi bayi ni.
Untuk yang tak tahu sebenarnya mimpi bayi ni bermakna kita sedang dalam gangguan jin atau lebih tepat sebagai saka.
Tidak menjadi masalah kalau kita hanya nampak sahaja bayi dalam mimpi. Maksudnya kita tak sentuh langsung bayi tu dalam mimpi kita. Kalau dah start dukung tu bermakna kita dah terima saka ataupun jin dah ada masuk dalam badan.
Pernah ada sahabat yang mesej saya bertanya pasal gangguan jin ni. Dia kata dia selalu susah tidur malam. Kadang-kadang dia nampak kelibat lembaga hitam. Dia selalu mimpi dia sedang menyusukan bayi. Sampai dia rasa sayang dengan bayi tu. Rupanya dia pernah terima saka dari arwah nenek dia waktu dia masih kecil. Tanpa dia tahu.
Almarhum Tuan Guru Haron Din dulu pernah bagitahu bila kita boleh nampak benda halus, bukan bermakna kita ada kelebihan. Tapi mintalah dengan Allah supaya sembuhkan kita dari penyakit tu, bila sampai tahap kita boleh nampak macam-macam benda ghaib bermakna kita sedang dalam sakit. Jangan berbangga dengan benda-benda macam ni. Kalau boleh cari lah perawat dari pusat rawatan Islam minta rawat dari penyakit ni. Takut menjadi mudarat dengan diri kita nanti.
Ada tak antara teman-teman pembaca yang pernah terima barang kemas warisan nenek moyang? Ataupun barang-barang yang dibuat dari emas. Selalunya barang kemas ni nenek moyang kita akan bagi sebelum dia meninggal dunia. Boleh jadi masa tu lah saka tu diwarisi. Kita terima barang kemas tu bermakna kita sedang warisi saka dari nenek-nenek kita tanpa sedar. Ada jugak kawan saya pernah tanya pasal gangguan yang dia alami. Bila saya tanya lebih lanjut rupanya dia pernah terima barang kemas (emas) dari arwah nenek dia beberapa minggu sebelum nenek dia meninggal. Bila saya bertanya baru dia sedar rupanya gangguan yang dia alami bermula selepas dia terima barang kemas yang nenek dia beri kepada dia.
Orang yang ada saka ni, selagi dia tak wariskan saka dia tu pada orang lain dia memang akan susah nak meninggal dunia. Mungkin dia dah meninggal tapi saka tu masih akan tetap hidup dalam badan dia. Menyebabkan dia nampak masih hidup pada waktu tu. Arwah atuk saya, beberapa hari sebelum dia meninggal rupa dia dah lain dah. Waktu tu kami sekeluarga jumpa dia dekat emergency room. Saya cuba pegang tangan atuk saya, lepas tu saya tengok muka dia dah macam bukan rupa atuk saya. Mungkin cuma perasaan saya je waktu tu. Tapi lepas beberapa hari, bila atuk meninggal baru lah nampak muka atuk yang kami kenal selama ni. Sebelum tu memang nampak lain. Saya memang tahu atuk ada saka. Mungkin saka tu dah diterima orang lain dah. Tapi tak tahulah siapa yang terima. Lepas tu atuk pun pergi jauh tinggalkan kami semua.
Dulu, saya selalu mimpi benda tak baik. Pernah beberapa kali saya mimpi orang bagi benda dalam plastik hitam. Orang dalam mimpi tu perempuan rambut panjang. Pernah sekali saya terima plastik tu, bila saya buka isi dalam plastik tu daging mentah. Esoknya bila bangun dari tidur seluruh keluarga sakit. Rupanya mimpi tu petunjuk sihir yang dihantar dekat keluarga kami. Ada yang kata best dapat mimpi petunjuk macam ni, tapi sebenarnya tak best pun. Dalam mimpi macam-macam benda saya nampak. Dan saya tak suka tengok benda tu dalam mimpi saya. Saya tak suka mimpi benda-benda yang menakutkan. Saya tak suka dengan perempuan yang saya nampak dalam mimpi saya. Saya selalu tak dapat tidur lena bila dah mula mimpi maca tu. Alhamdulillah sekarang saya dah tak mimpi buruk-buruk dah. Saya selalu minta dekat Allah saya tak mahu mimpi macam tu lagi.
Sebenarnya nak cakap, benda mimpi bukan semua mainan tidur. Tapi kalau dah kita asyik mimpi benda yang sama maknanya ada lah maksud mimpi tu yang sebenar. Saya bukanlah arif sangat dalam benda ni. Saya cuba belajar, kadang-kadang saya baca. Dengar ceramah pasal SAKA dan SIHIR ni. Sekiranya ada mana-mana bahagian dalam cerita saya ni yang salah, mohon sesiapa tolong betulkan.
Apa yang saya share bukan bermaksud saya berlagak pandai dalam bab ni, tapi saya nak share pengalaman saya yang mungkin ada sebahagian pembaca alami jugak. Mungkin ada yang alami benda sama tapi tak tahu benda ni jadi sebab apa. Mana tahu ada yang nak share cerita sendiri. Boleh jugak tambah apa yang saya dan teman pembaca yang lain tak tahu. Boleh sama-sama tambah ilmu. Sebab bab sihir ni boleh jadi isu hidup dan mati. Saya dah puas dengar cerita orang meninggal sebab sihir. Saya dah puas tengok macam mana teruknya kesan sihir ni dekat keluarga orang lain. Sihir ni teruk macam mana pun insyaa Allah ada jalan sembuhnya.
Saya pernah nampak dengan mata kepala saya sendiri seorang budak yang satu badan penuh dengan kudis, tak mampu berjalan dah nak berdiri pun dah tak boleh. Dalam tempoh beberapa tahun dia sihat alhamdulillah lepas bertahun-tahun berubat dengan Darussyifa’. Saya sendiri nampak macam mana dia berubah, dari pertama kali dia datang didukung ayah dia dan bila dia sihat mampu berjalan dengan baik tanpa perlu didukung lagi. Kulit dia pun dah pulih walaupun masih ada parut yang tinggal tapi lebih baik dari kudis-kudis yang pernah ada dekat seluruh badan dia dulu.
Macam makin lama makin panjang lah pulak cerita saya ni. Hehehe. Insyaa Allah ada kesempatan lain hari saya share cerita lain pulak. Terima kasih semua yang dah membaca. Selamat berkongsi ilmu ^^
Assalamualaikum.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri