Mungkin ini adalah tandas paling pelik di dunia. Apa tidaknya, patung-patung wanita yang mengenakan pakaian seksi diletakkan di tempat buang air kecil lelaki.
Tandas berkenaan dibina di sebuah restoran di China dengan patung itu dihiasi dengan pakaian dalam wanita, skirt pendek dan baju yang seksi sertai pakaian jarang.
Ia diletakkan dalam bilik kaca dan menghadap kaum lelaki ketika mereka kencing.
Menurut salah seorang pelanggan di restoran berkenaan, Sun Kao, 24, pada mulanya dia menyangka dia memasuki bilik air yang salah selepas melihat patung tersebut sekali imbas.
“Tetapi apabila saya menyedari bahawa ia merupakan tandas lelaki, saya cuba kencing namun agar sukar apabila diperhatikan oleh patung berkenaan,’’ katanya.
Namun pemandangan berkenaan bukan sesuatu yang baru bagi kebanyakan penduduk di situ kerana sesuai dengan temanya sebagai restoran tandas, maka banyak benda pelik disediakan.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri