Mungkin pembaca biasa mendengar kopi lawak atau kopi tahi musang yang merupakan kopi termahal di dunia dan dihasilkan di Indonesia.
Namun di Thailand, sebuah hotel, Anantara telah memperkenalkan kopi Black Ivory. Berbeza dengan kopi tahi musang, Black Ivory dihasilkan daripada tahi gajah.
Black Ivory bukan kopi biasa, sebaliknya ia dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira $1,100 dolar bagi setiap kilogram. Ia bersamaan dengan harga $50 dolar bagi dua cawan kopi berkenaan.
“Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah itu mengandungi protein.
“Memandangkan protes memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang pahitnya,’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel berkenaan.
Kopi tahi gajah – menjadi minuman ekslusif, $50 secawan
Proses menghasilkan kopi itu dilakukan di pusat penjagaan gajah milik hotel berkenaan di utara Thailand. Sebanyak 30 ekor gajah menetap bersama dengan penjaganya.
Sebaik sahaja gajah berkenaan diberi makan biji kopi, maka biji berkenaan akan dikutip semula selepas gajah itu membuang najisnya.
Kopi yang dikutip itu akan dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk kopi dan dinamakan Black Ivory.
Sumber Ohmymedia
Sumber Ohmymedia
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri