Siapa Tinted Kereta Bersedialah Dengan Dengan RM4000 Atau Penjara 12 Bulan

Mana-mana pemandu yang ingkar dalam mematuhi spesifikasi mengenai cermin gelap kereta atau lebih dikenali sebagai tinted gelap bakal dikenakan denda yang lebih berat kata Kementerian Pengangkutan.

Undang-undang tersebut telah diwartakan oleh Kementerian Pengangkutan awal bulan ini.

Sekaligus menjadikan undang-undang mengenai peraturan cermin gelap kereta untuk kenderaan motor pindaan 2016 adalah peraturan yang lebih ketat lagi berbanding peraturan 1991 sebelumnya.

Menurut laporan dari portal TheSun, kementerian telah meminda undang-undang ini pada 6 Februari yang lalu dimana menyaksikan bakal pesalah kali pertama akan dikenakan denda sehingga RM2000 atau penjara enam bulan.

Manakala pesalah yang mengulangi kesalahan yang sama akan dikenakan denda sebanyak RM4000 atau bakal dipenjarakan 12 bulan.
Sebelum akta 2016 ditetapkan, dibawah akta yang lama, kementerian telah menetapkan undang-undang bagi kesalahan cermin gelap adalah denda sebanyak RM500 atau penjara dua minggu manakala pesalah yang mengulangi kesalahan yang sama akan dikenakan denda RM1000 atau penjara satu bulan.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kementerian Pengankutan menetapkan spesifikasi dimana membenarkan cermin penumpang belakang dan cermin belakang yang lebih gelap iaitu 30 peratus kemasukan cahaya berbanding 50 peratus akta lama.

Manakala, cermin hadapan adalah kekal 70 peratus kadar kemasukan cahaya dan 50 peratus untuk penumpang hadapan dan pemandu.

Dengan undang-undang baru yang telah diwartakan ini, pihak berkuasa melalui JPJ akan mengenal pasti pesalah yang melanggar spesifikasi yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, pihak JPJ akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengingatkan pengguna jalanraya mengenai peraturan yang telah sedia dipinda.

Pendekatan yang digunakan adalah dengan meminta pemilik kereta menyedari peraturan baru dan pihak mereka sedia memberi masa yang mencukupi untuk pemilik kereta menanggalkan salutan plastik hitam tersebut

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri