Sedar tidak sedar, kita sekarang sudah berada di minggu ketiga di dalam bulan Ramadan dan ini bermakna, minggu depan sudah tiba Hari Raya.
Bagi mereka yang sudah diluluskan permohonan cuti hari raya mereka, kami ucapkan tahniah dan drive safe ke kampung halaman anda dan bagi mereka yang ditolak cuti hari raya pada tahun ini, kami ucapkan, Selamat Hari Raya dan cuba lagi pada tahun depan.
Entri kali ini adalah berbentuk perkongsian mengenai pekerjaan-pekerjaan yang susah nak balik raya. Sedih kan?
1. Anggota polis
2. Anggota tentera yang mengawal sempadan
3. Jurutol
4. Pekerja pasaraya besar seperti Tesco, Aeon dan lain-lain.
5. Anggota bomba
6. Juruteknik untuk perkhidmantan mesin ATM, TNB dan TM
7. Pekerja stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam dan kedai makanan segera.
8. Pekerja pusat khidmat panggilan
9. Pekerja offshore
10. Pekerja khidmat penghantaran seperti posmen dan Pos laju.
Senarai di atas mungkin tidak lengkap dan sekiranya anda mempunyai sebarang penambahan yang ingin dibuat, sila tinggalkan di kotak komen di bawah.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri