GAJAH DIKEBUMIKAN DENGAN PENUH PENGHORMATAN DI SRI LANKA (6 GAMBAR)

Hemantha ialah seekor gajah yang berusia 23 tahun. Ia kerap digunakan untuk upacara keagamaan di sebuah kuil Buddha di Sri Lanka. Haiwan ini meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kaki beberapa hari yang lalu dan diberikan pengebumian penuh istiadat agama Buddha oleh penduduk setempat. Kematian Hemantha diratapi kerana ia dianggap sebagai haiwan peliharaan komuniti di Colombo ini. Sebuah kren digunakan bagi mengangkat jasad gajah ini masuk ke dalam liang kubur. 




Sumber Reuters

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri