Siti Sarah Terharu Suami Hadiahkan Rumah Besar


Siapa yang tidak sayangkan bini. begitulah yang boleh digambarkan kasih sayang pelawak Shuib kepada isterinya dengan menghadiahkan sebuah rumah kepada Siti Sarah baru-baru ini.

Teruja dengan hadiah yang baru diterimanya, Siti Sarah telah berkongsi kegembiraannya di laman instagram beliau:

“Setiap kali saya melahirkan anak, si suami pasti akan memberikan hadiah.

“Tetapi pelik, tahun ini sampai ingatkan tak ada hadiah. Namun, akhirnya dia hadiahkan sesuatu yang paling besar iaitu rumah. Syukur di bulan mulia ini mendapat hadiah sebesar itu. Alhamdulillah. Terima kasih cinta,” katanya.




DIfahamkan, unit kondominium berkembar yang baru diterimanya merupakan tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin pada November tahun lalu.

Dalam pada itu, Sarah berkata, apabila suaminya memberitahu tentang rumah berkenaan dia terkenangkan bagaimana Shuib pernah menitiskan air mata ketika mereka mula-mula berpindah ke rumah sewa selepas berkahwin.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri