‘Ada Calon, Jangan Layan Yang Lain’- Pesanan Seorang Guru Kepada Pasangan Yang Dah Bertunang


Kepada mereka yang sudah bertunang @ sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya.

Kata seorang guru:

Apabila kamu bertunang dengan istisyarah atau istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang lebih dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka tatkala akad nikah sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumah tanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka tatkala lafaz akad nikad sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.

Jika sudah mempunyai calon, jangan terlalu melayan yang lain. Bimbang, dalam senyap ada yang menyimpan perasaan dan harapan walau sekadar sahabat baik. Bila dah memilih bakal pasangan, hentikanlah pencarian, tundukkanlah pandangan dan lakukan istikharah berterusan. Apapun manusia merancang, Allah merancang, sebaik baik perancang itu Allah SWT.

Jadi, jangan lah bertunang terlalu lama.
Percepatkanlah kepada perkahwinan.
Inshaallah moga diredhai Allah selalu. Sepanjang menuju ke alam perkahwinan.
Dan.

Jika sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya dan kedua dua setuju berserta seorang saksi dikira tunang secara islam cumanya adat melayu menyarungkan cincin buat pihak perempuan itu yang menampakkan ia lebih jelas dan lebih hormat dan status jika dia sudah menjadi tunang orang tidak boleh diganggu. Hukumnya berdosa.

Credit to fb: @intan asmida

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri