Berdoa Depan Kaabah Mahu 6 Orang Anak, Ibu Seorang Anak Dikurniakan Kembar 5


Siapa yang tak nak anak kembar kan? Bertuah sungguh si ibu, Lely Solihati yang berasal dari Cirebon, Jawa Barat, Indonesia ini kerana dikurniakan 5 orang anak kembar lelaki melalui satu proses pembedahan pada 10 Januari yang lepas.

Habibie Ahmad Akhbar, bapa kepada anak-anak kembar ini telah menamakan mereka mengikut singkatan A, I, U, E dan O untuk memudahkan mereka mengingati nama-nama si kembar ini.

Menurut laporan Siakap Keli, kisah si ibu melahirkan 5 orang anak kembar ini mendapat perhatian media di Indonesia apabila Lely bercerita tentang dia berdoa di hadapan Kaabah, minta dikurniakan 6 orang anak dan tidak lama selepas pulang dari Mekah beliau telah disahkan mengandung buat kali kedua dengan kembar 5 sekali gus.


0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri