Gadis Ini Kongsi Pengalaman Travel Seorang Diri Ke Eropah Selama Sebulan


Artikel ini adalah hasil nukilan cik Petey Hsm

Melancong sorang-sorang? Perempuan pulak tu, rasanya tak ramai yang sanggup buat begini kerana memikir keselamatan di negara orang.

Tapi gadis ini berani. Kali pertama melancong ke luar negara secara solo dia ke Eropah. Bukan seminggu dua tapi sebulan. Melalui akaun Facebook miliknya menggunakan nama Pejey Hsm dia berkongsi tip untuk anda yang berhasrat melakukan perkara yang sama.

Kalau dulu selalu je angan-angan nak travel ke luar negara. Tp takde duit, nak pergi genting pun x mampu apetah nk pergi luar negara. Saya nak cerita pengalaman saya melancong bermula pada tahun 2013 sampai sekarang masih mencari peluang untuk sampai ke seluruh negara.

Ada rezeki lebih,pertama kali keluar melancong terus pergi Europe selama sebulan. Tanpa pengalaman sy travel seorang tapi menumpang keluarga kwn sy di Ireland.

Ada sedikit tips untuk korang yang nak melancong seorang diri atau berdua dengan kawan!

1. Cuba cari kenalan yang belajar di luar negara.


Boleh tumpang rumah dorang. Saya jumpa dengan kwn sy di airport Amsterdam, kami berjanji untuk jumpa di airport tetapi saya lupa nak tanya nanti nak jumpa dekat mana, sampai je airport Schiphol tu terkejut sbb airport dia bsr sgt!! Ha sudah, wifi xde. Semua lock dgn password. Tawakal, jalan-jalan and pusing-pusing akhirnya jumpa jugak kwn sy tu. Then dari situ kami travel berdua guna eurail pusing2 italy then swiss lps tu balik Edinburgh.

2. Be careful of the pickpockets


Jangan cepat kesian dekat budak-budak yang kononnya muslim.
dekat Paris tu. Dorang guna agama untuk dekat dgn kita kemudian buat kerja pickpocket dia tu, sgt sgt cepat ok. Saya pernah kena tp nasib baik sempat tangkap.

3. Install local language apps just incase!

So kalau melancong ke negara yang tidak guna English kena prepare awal-awal tau perkataan basic.

4. Religion issues 


Kalau bertudung ni, sbrnya mmg akan selalu ada issue. Tp yg bagusnya, kadang-kadang orang x pandang pun, mcm tak wujud terus kita ni. Tp kalau ada yg anti Islam, mmg dia maki kita rileks je. Pernah kami cuba amik wudhu' di Toilet airport Paris, cleaner dia halau terus kot 😂😂 . Lepas tu kalau kita nak tanya apa-apa org dia akan pura-pura xpaham english. Mmg mencabar!

5. Kena ready mental & physical. 


Tidur dekat train station tu biasa lah. Tp tidur pn berjaga-jaga. Sbb kami perempuan kan, bimbang jugak. Dalam train pun ada sexual harassment tapi kami berjaya selamat kan diri. X de orang nak tolong ok. Tp Allah permudahkan semua.

6. Sabar tu penting!


Kalau tetiba ATM xleh keluarkan duit sbb berbeza time zone, terlepas bus, terlepas train jangan cepat melatah, sebab secara tak langsung korang akan terjebak ke dalam 'unplanned trip' and explore. Kitaorg prnah terlepas train sebab lambat sikit je tu pun sebab xpaham instruction dekat information di station Florence. Lps tu semua plan berubah haha.

7. Try to communicate with the locals


Kalau pergi ke mana-mana kedai, cuba jadi friendly, tanya khabar dia, wish yg baik-baik dekat dorang, benda macam tu akan reflect balik dekat kita nanti orang pun akan ceriakan hari kita dengan benda-benda baik. Smile & Say Hello!

8. Cuba bersikap terbuka.


Apabila travel ke negara yang budaya nya berlainan dengan kita ni, agak mencabar sebenarnya. Ada yang pernah tanya saya psl islam, tanya apa yang Al Quran tulis, ada yang perlekeh sbb pakai tudung so i can't enjoy my life and etc. Listen to the opinions you don't agree with, and smile. Kita pun tak boleh judge gaya hidup dorang. Ini lah pembelajaran yg kita dapat melalui mengembara.

9. Slow Down


Jangan plan 6 negara 6 minggu untuk travel. All the good stuff happens when you really take the time to explore. I can honestly say that NONE of my best travel experiences happened within the first few days of arriving somewhere. Spend more time in fewer places for maximum enjoyment.

10. Take a lot of photos!


Jangan lupa 😝 saya share ya gambar2 travel ni. Sorry kalau ayat tidak tersusun, xpandai sgt 😅 tapi nak share. And gambar ni ialah gambar saya travel sejak 2013 lagi.

Kalau dulu takde pengalaman travel banyak duit habis. Sekarang dh pandai manage dh & selalu follow tips dlm BBM. Kalau dulu kerja habiskan duit dengan travel, sekarang tgh cuba dapatkan balik duit tu dengan jadi freelance tour guide ke Maldives. Lepas tu baru kita sambung travel balik ke negara lain!

Have a good day ahead everyone! Siapa tahu, one day kita terserempak di mana mana negara kan? ☺ Tips lain nanti next time saya update balik kalau ada masa 😊


My 10 Best Travel Tips After 3 Years Traveling.Kalau dulu selalu je angan-angan nak travel ke luar negara. Tp takde...
Posted by Pejey Hsm on Monday, April 4, 2016

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri