Ketawa Bersama Menangis Bersama, Kisah Suka Duka Perkahwinan Pasangan Ini Buat Kami Tersenyum


Artikel ini adalah hasil nukilan Cik Cik Atenn Azlan di laman Facebook beliau.

Lepas kahwin, Amer mintak aku tinggal dengan dia – aku 23 tahun 20 hari (Jun, 2014) – agak muda dan sangat mentah dalam ilmu rumah tangga. Dalam akaun bank ada RM20 yang tak boleh dikeluarkan lagi – limit akaun bank islam.

Masa tu seminggu nak final exam. Aku kahwin masa study week. Sepatutnya masa final exam, aku boleh je nak stay duduk dengan housemate aku dan lepas final exam terus balik kampung buat sementara waktu. Tunggu semua reda. Tunggu dia cari duit dulu untuk support semua.

Tapi dia nak aku tinggal bersama dengan dia. Lepas kahwin harini, lusanya balik kl sebab aku dah nak exam dan terus ke rumah sewa angkut barang-barang aku.

Kami duduk dengan member-member dia buat sementara waktu – aku duk medium room – bilik lama dia. Mereput dalam tu aku sorang-sorang. Nak keluar ke ruang tamu rasa segan yakmat – hampir 3 bulan

Member-member dia nak keluar rumah sebab nak bagi peluang pada orang yang baru mendirikan rumah tangga – seronoklah aku sebab sewa lama still RM600 walaupun sepatutnya masa tu sewa rumah RM1200-RM1500. Apartment agak luas dan master room ada bilik air.

Owner nak jual rumah – dia dah jualkan pada orang lain.

Aku cakap biar aku menyewa bilik dengan member kat Bukit Angkasa, lagi pula kawan aku tengah cari partner. Dan biar dia stay dengan member-member dia balik. Menyusahkan dia je kena hantar ambil aku dari damansara ke UM. Tapi siapa yang nak lepaskan bini? Baru kahwin kot. Kalau dulu masa bercinta boleh datang dari Damansara ke Bukit Angkasa, kenapa kalau dah kahwin tak boleh buat? Kata dia.

Part cari rumah sewa – masuk 7e, masuk kawasan flat-flat. – kami tak pernah mintak tolong orang untuk carikan rumah sebab aku tahu takkan ada siapa yang sudi membantu. Selagi ada kudrat dan tayar motor boleh bergerak – kami buat sendiri. Kadang-kala kita tak perlu tunjukkan betapa sengsaranya hidup kita, sebab nanti akan ada orang akan cakap “who the fuck cares about your life?” Kau juga kena ingat, takde untungnya kalau kau meluahkan masalah kau pada orang ramai, 80% langsung taknak ambil tahu, yang 20% lagi sedang bertepuk tangan sebab mereka memang mengharapkan kau merana.

Dapat rumah flat yang macam sekarang tapi blok lain. Owner nak rumah dia balik – anak sedara dia nak rumah, datang dari kampung nak kerja. Masalah ni jadi bila penyewa lama nak keluar rumah tapi owner tak mahu bagi deposit balik. So penyewa lama cari penyewa baru untuk dapatkan deposit dari kami. Dan mereka gaduh lagi – kami jadi mangsa.

Aku menangis sorang diri dalam bilik air, aku bukak air paip laju-laju. Aku basuh muka aku – keluar dari bilik air dan aku nampak dia termenung, aku peluk dia dari belakang dan aku cakap “jom g keluar masuk 7e, rasa rindu pulak” – disinilah peranan seorang isteri untuk tenangkan hati suami dan bukannya menyesakkan lagi. Aku tak mahu nak salahkan penyewa lama, owner rumah dan sesiapa. Benda dah jadi. Ada sebab kenapa Allah bagi ujian pada kami.

Aku jenis manusia yang selalu cakap “benda kecik je”, “no hal”, “ok je”, “boleh je”, “aku tak kisah” – orang kata nak cari bini cari yang kuat agamanya – tapi salah satu yang lain adalah tidak mudah melatah, tidak cepat down dan sentiasa kuat. Aku depan dia je nampak kuat, sebab aku tahu dia akan kuat bila aku kuat. Kalau aku lemah, dia dua kali ganda akan lemah. Kalau aku nak nangis bab kehidupan atau ujian, aku kena nangis sorok-sorok, nanti dia akan rasa bersalah sebab dia dah buat aku tak bahagia dan ikut susah sekali. Padahal aku tak pernah rasa susah bila hidup dengan dia, cuma kadang-kadang airmata yang keluar ni airmata untuk Allah – kecewa atau bahagia.

Aku tak pernah nak menyusahkan mak ayah kat kampung. Tak pernah call cakap aku ada masalah. Dah nak kahwin sangat kan, pandai-pandailah bawak diri. Jaga diri sendiri dan suami baik-baik. Tapi mak ayah aku tahu aku bukan jenis yang cepat putus asa – kalau tak macamana aku boleh terlepas kahwin masa study dan tengah study week pulak tu. Masa tu aku selalu tarbiah sentap manja-manja mak ayah aku dengan dalil-dalil al-quran pasal keistimewaan kahwin muda. Kalau lelaki boleh guna dalil cakap boleh kahwin 4, kenapa aku tak boleh? ?#?jangankecamsaya?

Masuk 7e, masuk kawasan flat balik – member Amer dapat tahu kami sedang cari rumah dan alhamdulilah dapat – sampai sekarang Amer rasa terhutang budi dengan member dia dan boleh dikatakan dia selalu bawak balik pizza domino untuk bagi anak bini member dia makan pizza. Aku rasa sekarang mereka pun dah muak makan pizza. Dah tak nak pandang dah kot. Hehe.

Angkut barang-barang guna motor. Pakai beg ikea. Dalam masa 5 bulan 2 kali pindah rumah – memang penat.

First – beli kabinet tv. Tengok tv beralaskan toto. Kemudian beli karpet harga RM50 kat jalan tar. Bila terasa sakit punggung – beli sofa. Beli bekas polisterin putih nak letak ayam, ikan sebab takde peti ais – kumpul duit baru dapat beli. Banyak benda kami beli sikit-sikit.

Tentukan tema rumah – nak macam cafe hipster – hitam putih, ada elemen kaca dan kayu pallet.

Nak beli barang ikea tapi agak tak mampu – aku decide untuk kerja di ikea sebab dapat diskaun 15%. Aku – kerja part time, study, pergi kelas, online bisnes dan buat personal shopper ikea dalam satu masa – sampai aku pengsan 5 kali kat kaunter ikea sebab kepenatan, dehydrated, tekanan darah rendah.

Boleh dikatakan 80% barangan ikea dan barang hiasan aku beli guna duit aku sendiri. Aku biarkan dia uruskan apa yang patut seorang suami uruskan. Rumah, kereta, motor, segala jenis mak nenek bil.

Amer tak bagi aku kerja dan buat bisnes online buat masa sekarang – maybe tercabar dengan kegigihan dan kekuatan diri yang ada pada perempuan kelate (gurau je beb!). Yang tak mudah menyerah kalah. Yang terbiasa hidup susah. Yang berdikari – ibarat kalau takde lelaki dalam hidup pun still boleh hidup lagi. Ceh!

Nak cat rumah – terinspirasi bila tengok cat rumah kondominium depan kedai cat. Nak duk kondominium tak mampu, mampu tiru cat pun boleh. Kami pinjam tangga domino – angkut tangga guna motor – aku yang galas kat bahu.

Sekarang, dia bagi aku rehat puas-puas dan mengganggur dan uruskan rumah tangga dulu. Dia cakap walaupun aku tak bekerja dia masih boleh tanggung aku dan keseluruhan semua sekali.

Disebabkan kami dah terbiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan hidup, Allah makin ‘tercabar’ bila kami sentiasa redha dan pasrah dengan ujiannya. Allah lambatkan rezeki anak pada kami, tapi kami tetap tidak lemah. Aku tahu ada sesuatu yang istimewa Allah nak bagikan pada aku. Cuma Allah mintak, aku jangan sesekali mengalah. Akan tiba masanya nanti.

Rumah flat sempit yang dideko yang diupload dalam wall aku semalam adalah rumah yang disewa oleh suami seorang mat despatch, runner dan rider domino piza dan isteri seorang pengganggur a.k.a graduan UM tetapi seorang isteri yang serba boleh dan serba guna. Hehe.

Sebab tu aku pernah update satu status dengan ayat “pelamin mewah atau rumah, mana pilihan korang?” Aku tahu pelamin mewah tak semahal rumah, tapi aku sebagai orang yang dah pernah makan asam garam untuk cari tempat berteduh tahulah bagaimana susahnya hidup lepas kahwin. Tak seindah pelamin yang gah. Aku tak cakap pula kahwin ni tak best. Best. Tapi dalam masa yang sama yang best tu tetap ada dugaan yang ditimpakan agar hidup ini jadi lebih best selepas diuji.

Ada setengah orang lebih suka kalau lepas kahwin, isteri masuk rumah just cuci kaki je. Tapi aku lebih suka susah senang sama-sama macam ni – ada moment untuk dikenang. Dan baru ada rasa – appreciate each other dan bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau kau nampak benda-benda yang best pasal rumah tangga (relationship goals misalnya) dalam facebook, jangan sesekali tag atau mention pasangan seolah-olah kita mitak mereka sediakan untuk kita, tunjuklah effort kita yang sanggup susah senang sama-sama.

Bacalah dengan mata hati, di sini banyak aku simpulkan tentang realiti rumah tangga (part cari rumah je) selain rumah besar, kereta mewah dan makanan best-best. Walaupun aku masih muda, tapi pengalaman hidup banyak mengajar aku dan degree is nothing.

Degree – kasta untuk membezakan siapa pandai, siapa bodoh. Tapi rezeki Allah – tak kira kau pandai atau bodoh asal kau rajin dan kuat berusaha – semua boleh rasa. Rezeki Allah itu luas. Seluas-luas rezeki Allah di dunia ini hanyalah 1 nikmat dari Allah saja, 99 nikmat yang lain semuanya ada di syurga nanti. Jadi, janganlah masing-masing dengki dan busuk hati dengan rezeki orang lain.

Rezeki is mean kemewahan, kesihatan, kesempurnaan, kecantikan, kepandaian, kezuriatan, kebahagiaan, ketenangan dan apa jenis ke-an lagi. Kau dengki dengan rezeki bersamaan 1 nikmat dunia padahal kau dah terlepas 99 nikmat kat syurga. (Tiba-tiba berceramah pulak)

Berkahwinlah when you’re ready, not when you’re lonely

Aku, Aten, bini Amer yang sangat sweet -24 TAHUN 8 BULAN.

Lepas kahwin, Amer mintak aku tinggal dengan dia – aku 23 tahun 20 hari (Jun, 2014) – agak muda dan sangat mentah dalam...
Posted by Cik Atenn Azlan on Monday, February 1, 2016

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri