Posmen Terkilan Rumah Pasangan Kosong Pada Hari Perkahwinan , Lesap Bersama RM 16,000


Terbaru, hasrat seorang posmen untuk mendirikan rumah tangga berkecai apabila bakal pengantin perempuan ‘lesap’ di hari pernikahan. Lebih menyedihkan wang hantaran berjumlah RM 16,000 telah diberikan

Hasrat kahwin pada hari lahir ‘terkubur’


Lelaki tersebut terkejut apabila kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana diputuskan sebelum ini.

Lebih mengecewakan, tarikh 2 April dipilih sebagai hari bahagia lelaki itu berikutan tarikh berkenaan merupakan ulang tahun kelahirannya, namun perkara tidak diingini berlaku.

Difahamkan lelaki tersebut hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur dengan gaji RM900 sebulan. Semasa mengikat tali pertunangan, lelaki tersebut diberi tempoh 2 tahun bagi mengumpul hantaran berjumlah RM 19,000.

RM 16,000 telah pun diserahkan sebelum majlis perkahwinan dan baki RM3,000 akan diserahkan semasa majlis majlis akad nikah yang dijadual semalam.

Difahamkan bakal pengantin perempuan bekerja sebagai pekerja kedai telefon. Jiran sekitar rumah bakal pengantin perempuan tersebut memaklumkan mereka tidak menerima sebarang jemputan perkahwinan.

Saman Malu

Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin perempuan melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri