Astro Cuba Kenakan Saya, Lihat Bagaimana Saya ‘Mengajar’ Mereka Kembali


《Hikayat Aku & Astro》

BUTIR-BUTIR TUNTUTAN : PELANGGAN MENENTANG ASTRO

23 Feb 2016
Saya telefon Astro Call Centre untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Saya diberitahu perlu menjelaskan bayaran 1 Bulan Notis jika ingin menamatkan perkhidmatan iaitu sebanyak RM46.20 dalam masa 2 hari.

24 Feb 2016
Saya menyelesaikan bayaran notis 1 bulan itu menggunakan perkhidmatan perbankan internet (Cimbclicks) sebanyak RM46.20 (bererti saya boleh lagi menikmati tayangan Astro sehingga 24 Mac).
*Rujuk lampiran

6 @ 7 Mac 2016
Wakil Astro menelefon saya untuk bertanya :
i) Adakah saya masih menerima bil astro?
Saya jawab TIDAK (ketika ini saya tidak menerima bil)
ii) Adakah saya pasti ingin menamatkan langganan Astro?
Saya jawab YA.
**Panggilan ini dibuat ketika saya masih berada di pejabat.

- Sebaik saya pulang ke rumah, saya dapati servis seperti sudah ditamatkan kerana tv gelap seperti tidak menerima apa-apa isyarat walaupun cuaca tidak hujan dan lampu decoder menyala. (Saya amat kecewa kerana masih belum cukup 1 bulan notis). Tetapi saya diamkan sahaja kerana tidak mahu membazir bil telefon dan masa saya menelefon call centre.
- Saya terus mencabut wayar kuasa Astro dan menyimpan dekoder. (Saya tidak lagi menggunakan langganan siaran Astro)

3 April 2016
- Tiba-tiba saya menerima kembali bil bagi bulan April daripada Astro (*nota: Bil Mac tidak diterima) berjumlah RM 39.45
- Saya telefon Astro untuk bertanyakan status akaun saya.dan mereka menyatakan status akaun saya AKTIF. Saya terkejut dan merasa amat kecewa kerana bayaran notis penamatan telah dibuat dan wakil Astro juga telah menelefon saya untuk tujuan kepastian menamatkan servis langganan. Pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut menyatakan akan menyemak kembali dakwaan saya mengenai panggilan (6 @ 7 Mac) wakil Astro kepada saya. Beliau menyatakan akan menelefon saya kembali dalam masa 48 jam dan jika dakwaan saya salah, saya perlu melunaskan juga bil.
- Selepas 48 jam, tiada wakil Astro yang menelefon saya.

28 April 2016
Saya menelefon Astro. Mereka mengesahkan tentang panggilan yang telah saya buat pada 3 April dan bertanyakan adakah wakil Astro yang menghubungi saya selepas tarikh tersebut? Saya jawab TIADA. Sekali lagi mereka berjanji untuk menghubungi saya dalam masa 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Tetapi selepas 48 jam, tiada panggilan balas daripada Astro.

5 Mei 2016
Saya menerima bil bulan Mei berjumlah RM 81.80.

11 Mei 2016
- Saya memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasa telah dianiaya oleh Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak.
- Saya dengan ini , memohon agar saya diberi pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac 2016 sehingga kes tuntutan ini selesai.
(** Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil)

********************************************************************

11 Mei 2016
- Setelah menyerahkan borang tuntutan ke Tribunal Pengguna, saya juga menghantar 1 salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib).
- Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016. Dimana saya akan bersemuka dgn wakil Astro.

12 Mei 2016 (24 hours after report)
- Saya mendapat panggilan daripada wakil Astro, mereka menyatakan akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan (erase).

ALHAMDULILLAH..

**********************************
Tujuan saya berkongsi pengalaman saya ini, supaya jika ada mereka yg sedang mengalami situasi seperti saya ini, tolong jangan biarkan kita dianiaya & dibuli oleh syarikat yang ternama hanya kerana takut (ada macam2 jenis takut..takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut bnyk kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pd akhirnya kita juga yg terkena balik & mcm2 jenis takut lg).

Kita ada hak kita sebagai pengguna walaupun saya amik pakej yg plg murah. Fight for your right. Bawa semua bukti & halakan kekecewaan kita kepada pihak yg betul. Insya Allah..jika rezeki kita Alhamdulillah.tp jika tiada rezeki, tidak mengapa..sekurang-kurangnya kita berusaha membela diri kita & tidak membiarkan mereka berterusan 'merompak' kita.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri