Nak Mengembara? Ini 10 Tips Penting Yang Korang Perlu Tahu


Melancong dan mengembara adalah mempunyai definisi yang berbeza. Melancong biasanya bagi golongan yang berduit iaitu mereka akan memilih hotel yang mahal dan selesa serta kemudahan yang menyenangkan.

Namun, bagi pengembara iaitu sinonim dengan perkataan masa kini iaitu backpackers. Mereka lebih extreme dalam perjalanannya. Kerana mereka selalunya tidak mempunyai iterniti yang hebat kerana apa yang menjadi keutamaan mereka adalah pengalaman semasa mengembara itu sendiri.

Jadi jika anda cukup kuat untuk mengembara, baca dulu tips mudah yang dikongsikan oleh saudara Badrul Hisham ini.


10 Tips mudah untuk mengembara



1. Beli tiket murah di skyscanner.com atau kayak.com




2. Pilih hotel yang murah di hostelworld.com



3. Pastikan passport lebih 6 bulan dari tarikh mati.


4. Di imigresen, buat muka paling cool untuk elakkan diri anda dari tahan ketepi lalu diraba.

5. Simpan duit di beberapa tempat. Beg, dompet, kasut , extreme 'seluar dalam' ' baju dalam'.



6. Sampai di destinasi, buat muka bajet orang local. Kenapa? Untuk elak ditipu ketika membeli.

7. Untuk dapat harga murah ketika membeli, cuba elakkan dari berkata kerana akan kantoi kita pelancong. Pura pura bisu( anda akan jimat 30%)

8. Halal - Cara untuk tahu ialah cuba menyampaikan "Assalamualaikum" kepada tuan kedai. Nescaya jika dia teragak agak maka kantoilah dia menyajikan makanan shubhah.


9. Solat - bawa sejadah kecil di dalam beg. Paling teruk pun akan dibaling telur ketika solat.


10. Insta dan Facebook sebanyak gambar untuk 'poyo' kepada kawan kawan ofis yang tidak ajak kita melancong satu ketika dahulu.

Sham
Pengembara 42 negara

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri