7 Ketua Gangster Wanita Paling Terkenal Di Dunia


Kita serba maklum jika sebut berkenaan kongsi gelap, jenayah, atau pengedaran dadah, golongan yang banyak terlibat dalam gejala ini semestinya adalah golongan lelaki.

Tetapi jarang kita mengetahui bahawa penglibatan wanita dalam jenayah kongsi gelap juga tidak kurang hebatnya. Mereka kebanyakan terpengaruh dengan pasangan, mempercayai dan kesetiaan terhadap suami mereka yang juga ketua kongsi gelap menyebabkan wanita seperti ini terjerumus dalam kancah jenayah dan kekerasan.

1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)



Judy Moran 70, lahir pada 18 Disember 1944 adalah ketua kumpulan kongsi gelap ‘Moran’ yang terkenal di Melbourne, Australia.

Judy adalah isteri kepada John Leslie, seorang kartel dadah yang terkenal di Sydney. Leslie ditembak mati pada tahun 1982 dalam konflik berkaitan kongsi gelap di Sydney.

Hasil perkahwinan dengan Leslie, mereka dikurniakan anak bernama Mark Moran juga seorang ahli kongsi gelap dan akhirnya terbunuh pada tahun 2000.

2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)



Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.

Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.


3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)


Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi “GodMother” Mexico. Pakciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat julukan “Ratu Pasifik kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyelundupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

Sandra sendiri dipenjara ketika menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.

4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)



Kecewa kerana ahli keluarganya ditangkap polis, dia menyambung legasi kongsi gelap ini dengan meneruskan perniagaan milik keluarga mereka. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling digeruni di Itali.

Setelah menyerang balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.

5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)



Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan “Capo di Tutti Capi” gangster dari Napoli.

Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga

Licciardi adalah pelacuran di Camorra.


6. Maria Chata Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)



Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan ubat bius yang menguasai timur laut Los Angeles. Dia menjalankan perniagaan ini demi memberikan pendidikan untuk anak-anaknya.


7. Griselda Blanco (Kali terkahir dipenjarakan pada tahun 1998)



Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal berdekatan dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia terus menembak mangsa tersebut.

Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah.

Setelah berhijrah ke Miami, dia menjadikan ibukota tersebut sebagai bandar kokain. Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan sepanjang kariernya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri