Muhammad Ali Peninju Dunia Meninggal Dunia Selepas 32 Tahun Menderita Parkinson


Legenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia di hospital di Phoenix, Arizona, hari ini (Jumaat, waktu tempatan).

Jurucakap keluarga bekas petinju itu, Bob Gunnell dalam satu kenyataan berkata, selepas 32 tahun menderita parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Terdahulu, Muhammad Ali dirawat di hospital berkenaan beberapa hari lalu kerana masalah pernafasan. Beliau beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak beberapa tahun lalu.

Beliau dirawat di hospital pada 2014 akibat pneumonia dan sekali lagi pada 2015 kerana masalah jangkitan saluran kencing.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri