Risau Kena Bagi Duit Raya? Ini 9 Perkara Boleh Dibuat Dengan Mudah



DUIT RAYA INI

1. Jika anda masih banyak hutang, lupakan dulu sumbangan duit raya untuk anak saudara.

2. Jika hujah anda bahawa ianya sedekah dan akan gandakan pahala dan rezeki anda.

Selesaikan dulu hutang anda, ia lebih utama.

3. Jika anda ingin sedekah juga, cari sumber yang benar benar perlukan sumbangan anda.

4. Golongan miskin dan asnaf yang benar benar perlu, bukan anak saudara yang ibubapanya bergaya mengalah nelofa dan fazura

5. Saya khuatir anda takut atau malu sebenarnya,

" takkan duit raya pun takde"
"Sikit jer..., pakai kereta Honda"
"Duduk Key Ell takkan RM5 jer"
"Kerja pensyarah, takkan bagi RM10 jer"

6. Anda lebih utamakan budaya daripada ilmu. Sedekahkan dulu untuk tabungan pengajian anak anda atau tingkatkan sumbangan ibubapa.

7. Jangan malu tiada duit raya, malu kalau hutang tv, hutang kawan dan hutang mak belum habis bayarnya.

8. Lebih malu jika baju raya hutang kad kredit nilainya berganda.

9. Sedekah bukan hanya tunggu raya ia amalan sepanjang masa. Bulan Ramadan lebih mulia.

Gegadis tak suka duit raya, tetapi mereka menantikan duit hantaran kita 😂


0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri