Dulu, kalau sebut kerja Oil and Gas, mak bapak mesti bangga kan? Sebab dapat kerja di tengah-tengah laut dan bila balik, poket mesti penuh dengan duit.
Yup! Memang benar tetapi itu dulu-dulu. Sekarang ini dah lain, indah nama dari rupa. Kerja Oil and Gas menjadi semakin merosot disebabkan kejatuhan harga dan ‘man power’ yang lagi menakutkan sehingga pekerja kontrak dibayar serendah RM6.00 sejam mengikut gred zaman dinosaur.
Zaman dinosaur bolehlah bayar sebanyak ini. Kejatuhan harga gaji tenaga buruh disebabkan budak-budak baru yang menceburi bidang Oil and Gas dan kemasukkan buruh asing yang ketara. Budak baru kalau kerja offshore dapat bayaran RM120 sehari pun dah suka. Tetapi harga sebenar sepatutnya RM300-RM1,000 ke atas sehari bagi yang gred bawah hingga atas.
Serius, ini disebabkan budak-budak baru masuk, habis gred jatuh dan kaki-kaki lama (orang lama) marah dan bersuara tetapi hampa.
Syarikat Oil and Gas pula tumbuh banyak bagaikan cendawan selepas hujan. Kini harga minyak pula jatuh lagi membuatkan pekerja offshore semakin kesempitan. Bersama-samalah kita berdoa agar minyak mentah Sarawak masih banyak lagi yang belum diterokai agar masa depan minyak akan naik harga semula seperti biasa. – Jok
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri