Kenapa Yamaha RX-Z Masih Mempunyai Ramai Peminat?


Sebenarnya saya dari dulu tertanya-tanya.. ‘ Kenapalah ramai orang suka pakai RXZ? ‘ Hm… Design tak ada la smart sangat. Enjin 135cc je sama macam Yamaha 135LC… Well, follow punye follow titibe RXZ tu memecut laju. Hurm.. Saya da pulas abis dah tapi tak dapat kejar dan akhirnya saya terfikir tentang konklusinya. ‘RXZ laju patutlah ramai peminat”


Mengikut sejarah pengeluaran motosikal Yamaha sekitar tahun 80 an , Yamaha RXZ 135 cc pernah menjadi ‘Raja’ di jalan raya suatu ketika dahulu dan nampaknya Yamaha RXZ masih lagi mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. Yamaha TZM, Yamaha 110ss , Yamaha 125z dan

Yamaha 135 LC Adalah jentera Yamaha yang ‘power’ seperti RXZ .


Yamaha RX-Z 135 mula dikeluarkan pada tahun 1985, dengan menggunakan transmisi 5 kelajuan (5 speed) dan brek disk tidak berlubang. Selang beberapa tahun iaitu pada tahun 1989, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan (6 speed), bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.

Setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model Yamaha RXZ ini. Kelebihan pada RXZ 5 speed ini adalah ‘top speed’ lebih sedap berbanding dengan RXZ 6 speed.

Ini membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru iaitu model RXZ Catalyzer dengan penambahan ‘catalytic converter’, lampu belakangnya juga menyerupai Yamaha 125z dan beberapa lagi perubahan yang lain.


Sehingga kini ramai dikalangan peminat jentera ini telah menggabungkan dari model lama ke model-model 6 speed atau Catalyzer untuk lebih tampak moden, baru dan bergaya.

Model RX-Z yang diperbaharui dilengkapi penukar bermangkin, menggantikan 1 PS daripada kuasa maksimum (Kuasa maksimum asal: 21 PS). Walau bagaimanapun, kilasan maksimum tidak berubah tetapi kilasan pada kelajuan enjin rendah sudah ditambah baik berbanding keluaran terdahulu.

Selain dari RXZ, Yamaha mengeluarkan beberapa jenis model iaitu Yamaha TZM, Yamaha 110SS, Yamaha 125Z, Yamaha LC dan banyak lagi model dan Yamaha RXZ adalah model yang paling banyak dikeluarkan oleh Yamaha diikuti model yang kedua terbanyak dihasilkan oleh Yamaha iaitu Yamaha 125z.

Model motosikal RXZ keluaran terdahulu mungkin ada yang menghadapi masalah semasa memulakan perjalanan kerana enjin mudah mati apabila penunggang kurang berpengalaman cuba bergerak dalam gear satu, tetapi masalah tersebut telahpun diselesaikan pada model yang seterusnya.


Pada tahun 2011, Yamaha RXZ bercadang untuk menghentikan pengeluarannya. Ini mungkin untuk mengurangkan kenderaan berasap di atas jalan raya. Untuk menyelamatkan bumi kata mereka. Ini juga untuk mengurangkan masalah rempit di kalangan remaja.

Perbandingan enjin (Displacement dan Horsepower)
Yamaha 125ZR – 124.3cc , 13 kW
Yamaha 135LC – 134cc , 8.93kW
Yamaha 135LC ES – 134cc , 9.2 kW
Yamaha RXZ 135 – 133cc , 15 kW
Yamaha FZ150i – 149.8cc , 11.1 kW

Anda lihat perbezaan d atas. Patutlah ramai minat Yamaha RXZ dan Yamaha 125ZR. Enjin 2 lejang walaupun cc kecil tetapi memiliki horsepower yang tinggi. Enjin 2 lejang ni torque adalah tinggi (daya kilasan tinggi) dan mempunyai acceleration (pecutan) yang baik.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa motosikal keluaran Yamaha RXZ ini bukan sahaja bergaya malah ianya berkuasa dan boleh mencecah kelajuan sehingga 180km/h.

Sumber : Carigold

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri