Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang?


Dipetik sepenuhnya dari penulis Blog Friends Of PDRM:

Saya selalu ikut perkembangan kiriman komen dalam Rakan BH (Berita Harian). Topik sekarang ini yang banyak diaorang perkatakan ialah mengenai kenapa petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Disini saya berikan jawapannya dan saya kongsikan bersama pembaca:

Jangan anda pula bercakap seperti mereka tanpa cuba mencari fakta.


Sebab-sebabnya:


Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979.

Walaupun begitu, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans daripada memakai tali pinggang keledar.

Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP bagi memudahkan diaorang melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.

Cuba bayangkan jika anda seorang petugas kereta peronda dan anda terserempak atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan anda melakukan tindakan segera.

Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut.

Fikirkan. PDRM tidak membekalkan setiap anggotanya memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di pinggang. Jadi tali pinggang keledar akan jadi penghalang. Kerana itu diberi pengecualian.

Harap maklum.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri