Tiada siapa di antara kita yang tidak mahukan duit. Ada ketikanya pasti kita terfikir bagaimana golongan kaya dan berjaya mengumpul kekayaan mereka.
Memetik laman web lifehack.org, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.
1. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.
Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.
2. Fokus kepada masa depan.
Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.
3. Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.
Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.
4. Catat perbelanjaan dalam hitam putih
Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan.
Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.
5. Bekerja keras
Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih keras daripada orang biasa.
6. Melabur simpanan dengan bijak
Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah simpanan daripada pendapatan yang diperoleh
Kita biasanya mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan hasilnya nanti.
7. Menggemari jualan murah, tawar menawar
Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.
Cuba amalkan tips tersebut, walaupun ringkas pasti ia akan merubah hidup, Selamat menabung.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri