Tidak Haram Peluk Isteri, Tapi Masih Ramai Suami Tidak Suka Melakukannya


Pelukan adalah satu sentuhan fizikal erat yang dilakukan di leher, belakang badan atau pinggang. Kadang-kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh yang lain.

Oleh itu, mereka yang berpelukkan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.

Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini hanya sekadar perkahwinan yang diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan jima’ sahaja. Bukannya hubungan emosi dan perkongsian perasaan.

Islam juga menggalakkan hubungan emosi. Dalam satu riwayat hadis yang mahsyur, Rasulullah SAW memberitahu,

“Man laa yarham laa yurham (barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi),” – Bukhari dan Muslim

Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan). Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup tetapi tidak subur. Dedaunnya akan menjadi kekuningan dan mudah gugur. Pokok itu juga tidak akan menghasilkan bunga atau buah.

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan, pelukan adalah cara alternatif yang terbaik untuk melafazkannya.

Sumber : Dr.Zubaidi

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri