Setiap wanita inginkan kulit yang cerah dan bebas dari jerawat seperti gadis Korea dan Jepun.
Korea terkenal dengan pembedahan plastik dan Jepun pula terkenal dengan teknologi terkini dalam kecantikan.
Walaupun kedua negara tersebut sangat hebat dalam bidang kecantikan, namun mereka hanya mengamalkan rutin mudah je untuk dapatkan kulit yang cantik.
Jom tengok, mana tahu kulit anda boleh jadi macam gadis Korea dan Jepun!
1. Mereka mengamalkan minum Teh Hijau
Gadis Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Teh hijau bebaskan kulit anda dari jerawat kerana mengandungi antioksidan yang baik.
2. Gunakan pencuci muka yang betul
Gadis Korea dan Jepun menggunakan Cleansing Oil kerana ia mampu bersihkan mekap dengan sempurna, sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Patutlah tak ada jerawat.
3. Penggunaan penyegar wajah sangat penting!
Penyegar wajah mampu menanggalkan sel kulit mati dan mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Mereka tidak gunakan kapas, tapi hanya gunakan jari untuk menyapunya pada kulit untuk penyerapan yang optimum.
4. Pelembab wajah sangat penting
Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk kulit. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
5. Amalkan senaman wajah untuk kulit lebih cantik
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
6. Urutan wajah buatkan wajah lebih berseri
Rahsia wajah berseri adalah dengan melakuakn urutan pada wajah. Ia menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
7. Topeng muka & pupur wajah jadi rutin setiap minggu
Setiap kali tengok drama Korea je, mesti heroin dok sibuk pakai topeng muka sebelum tidur. Topeng muka atau pupur wajah mampu mencerahkan kulit, mencuci kulit dan pori wajah.
Sumber : Hanasuva.com
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri