Jika Gaji RM2,000 Anda Tak Patut Beli Perodua Bezza


1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Bezza lagi. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.

2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.

3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.

4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.

5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, patut beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Bezza, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.

6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Bezza kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.

7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.

8. Tabung rumah lebih utama berbanding Bezza, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.

9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Bezza yang paling murah. RM37,300 / 12 = RM3,108. Ouh, gaji kena RM3,108 rupa-rupanya.

10. Sebelum buat keputusan beli Bezza, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, "Bro, bagi gua Bezza satu, bungkus ikat tepi". Haha.

#harithfaisal. SHARE jika bermanfaat.

Nota: Masa viral artikel saya tentang Honda Civic, beberapa website popular telah siarkan artikel saya tu. Tapi kemudian artikel tersebut terpaksa dibuang daripada website sebab Honda adalah client utama mereka. Semoga Perodua lebih terbuka dalam hal ni kerana posting ini adalah bacaan untuk rakyat marhein.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri